Rabu, 20 Januari 2010

Hari ini

Nota Kecil ~ aku ada mesyuarat jam 9.00 pagi.

Sampai di HEP. Kak Mala bagi tau Mesyuarat dibatalkan. Tak ada sapa pun bagi tau aku mesyuarat dibatalkan. Nak marah salah tak marah pun salah. Diam sajalah. Bising pun tak ada maknanya.

Alang - alang aku sudah sampai di HEP, aku mulakanlah kegiatan aku untuk meng'update' aktiviti - aktiviti yang bakal dianjurkan semester ini. Alhamdulillah. Tidak sia - sia juga kedatanganku di HEP.

Jam 11 pagi. Jamuan perpisahan Dr. Nurfazlinda di Bilik Mesyuarat Unit Kualiti. Dr. pertama yang bertugas di UiTM Sabah. Memang banyak perubahan yang berlaku di Unit Perubatan. Aku sendiri mengakuinya. Beliau amat komited. Namun disebabkan ada perkara yang lebih mustahak dan beliau terpaksa membuat pilihan untuk berpindah ke Shah Alam.

Semoga beliau akan terus maju dan seronok di tempat baru nanti.

Petang aku habiskan masa aku di Pejabat. Turn aku bulan ni balik 4.30 petang. Malam ni free tak ada kelas, tapi aku kena siapkan kertas kerja untuk KARKOL 2010. Nanti kena bising lagi oleh Kewangan. He3x. InsaAllah. Semoga dipermudahkan semuanya. Amin.

Untuk Esok :-

Aku harap dapat sudah senarai nama pelajar yang membuat rayuan kolej. Jadi boleh juga durang datang perjumpaan PPP minggu depan.

Tiada ulasan: