Ahad, 17 Januari 2010

Hujung Minggu

Salam Hujung Minggu.

Hari ini aku plan untuk bawa adik aku jalan - jalan di Tamu Gaya Street. Aku pun lama tidak kesana. Lepas bersarapan kami gerak.

Syukur alhamdulillah cuaca hari ini amat baik. Lepas dari Tamu kami terus ke Wisma Merdeka, Segama dan KK Plaza. Semalam pun kami dari City Mall sebab nak cari kasut. Hari ini antara misi adik aku ialah masih mencari kasut. Merata kami mencari dan akhirnya kami berpatah balik ke Wisma untuk membeli kasut idamannya. he3x.

Hujung minggu aku hari ini aku luangkan bersama - sama dengan mereka. Sempat juga kami singgah di 1B sebab adik bungsu aku belum pernah ke sana. Lagi pun dia sibuk untuk menguruskan bizniz di kg dan sebab itu kesempatan yang ada kami gunakan sebaiknya.

Tukar Plan !

Ingatkan adik aku balik esok rupanya petang ni juga durang akan balik ke Sandakan. Lepas maghrib durang akan bertolak balik.

Jam 8 malam Berita di Tv 3 ~ banjir di Telupid, Kinabatangan, Kota Belud dan Kota Merudu. Aku mula risau sebab baru sekejap tadi durang adik aku bertolak. Aku sms adik aku bagi tau hal tu.

10.43 malam ~ Adik aku mesej bagi tau durang masih di Ranau, Rehat & makan. Jalan di Telupid nda boleh limpas sebab ada kawan dari Beluran bagi tau durang. Terpaksa malam ni durang berhenti rehat di Ranau.

Ya Allah permudahkan perjalanan mereka. Semoga sampai ke destinasi yang dituju. Amin.

Tiada ulasan: