Isnin, 18 Januari 2010

Jiwa Kacau

Isnin ~ 9.00 Meeting- Bilik Mesyuarat Unit Keselamatan. Mesyuaarat untuk Persiapan Lawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II. YB Dato' Saifuddin Abdullah yang akan datang ke pada 19 Jan 2010.

Malam ada Perjumpaan PPP bersama - sama dengan pelajar baru bermula jam 8 - 10.30 malam di Dewan ( Gym ). Perjumpaan kali ini aku tak dapat join sebab ada kelas. Kelas Malaysian Eco, mula jam 7 - 10.00 malam di Fast Track.

Seketariat JPK called. Aku serba salah untuk menjawab panggilan. Risau pensyarah marah.

Alhadmulillah. Kelas selesai. Aku bergegas ke Dewan. Semua berjalan dengan baik. Pelajar baru ramai yang datang. Wajib!

Cuma kebimbangan ku bermula bila ada beberapa orang rakan PPP menyuarakan rasa ketidakpuashati dengan makanan yang disediakan. Aku lihat sendiri tapau yang diisi dengan mee hoon goreng. Aku hampa.

Aku sama sekali tidak menyangka bahawa begini keadaan makanan yang disajikan. Serba salah.

Dan ini akan membuatkan aku lebih berhati - hati untuk mendapatkan khidmat katerer di masa akan datang. Lupakan pasal itu. Tapi hakikatnya peristiwa itu masih membelenggu diriku dan memletakkan aku dalam keadaan yang gelisah dan keresahan.

Jam menunjukkan jam 12 lebih ( tengahmalam ). Aku masih dalam dilema. Ini kali pertama aku berdepan dengan situasi sebegini.

Aku duduk menghadap laptop. Jiwa kacau. Fikiran terganggu oleh peristiwa itu. Perlahan aku cuba alihkan fikiran ku dari terus memikirkan perkara itu. Aku kena Fokus. Skrip untuk program esok aku belum buat. Bersengkang mata. Aku tiada pilihan. Skrip mesti disiapkan. progaram bermula jam sembilan.

Ketika rakan - rakan lain tengah tidur lena. Nyenyak dibuai mimpi indah. Aku masih memeras otak mencari idea untuk menaip teks skrip. Kadang - kadang aku rasa macam ...berbaloikah?!
Ini bukan kerja hakiki aku. Nak berkhidmat bakti pun kena bertempat. Dari dulu sampai sekarang asyik FOC.

Apakah 'mereka' sedar apa yang sedang berlaku ketika ini. Tahun lepas perkara ini memang pernah disuarakan. Terpaksa. Ini pun disebabkan tugasan / 'job' yang diberikan terlalu berlebihan sehinggakan melebihi masa pada tugas hakiki aku. Melibatkan masa hujung minggu aku. Tapi apa yang aku dapat?!

Pernah aku diberitahu oleh seoarang Pegawai "Tak pa la Kaf, masuk SKT juga tu". Tapi aku bantah. Hampir 8 tahun aku buat perkara yang sama. Tiap hujung tahun mesti ada saja tersenarai dalam SKT aku. Dipandangkah itu? Sejauh mana impaknya 'sumbangan kecil' aku tu dalam karier aku. Lantas, pendekatan yang aku buat. Buat don't know.

Aku tersentap dari 'khayalan' sebaik saja aku disedarkan oleh Kak Kiah suatu ketika dulu sebelum dia berpindah ke Shah Alam.

'Lai, orang menjaga garisan dipadang pun di barai...ani kan pulang ko" ( Nota : loghat brunei )

Ringkasnya ~ Jika didiamkan, maka diam jugalah mereka. Bila disuarakan / diuatarakan berkatalah mereka. 'Demandnya'. Tapi Kata Nabil ~ 'lu fikirlah sendiri'.

Tiada ulasan: