Isnin, 11 Januari 2010

Kedai Gunting Lama

Alhamdulillah. Kemarin aku sempat juga melakukan hampir kesemua yang telah aku rancangkan. Hanya perkara no. 5 & 7 saja yang tidak sempat. ( lihat entri Hari Ahad,10.01.10)

Kemarin aku pegi kedai Gunting rambut di Pekan Tuaran. Terpaksa tunggu giliran. Aku perhatikan kedai gunting tersebut tidak putus - putus dengan kedatangan pelanggannya. Jika di lihat keadaan bangunan kedainya tidaklah secantik bangunan batu yang baru. Tapi ini kedai lama ( kedai papan ). Tapi bukan itu menjadi kayu ukurnya. Loyalty customer. Itu yang paling penting dalam dunia perniagaan ini. Macam mana wujudnya loyalty customer ini?!

Servis yang bagus!

Itu salah satu kelebihan dan kekuatan yang menjadikannya sesebuah perniagaan itu terus berjalan sehingga ke hari ini. Mereka tidak gentar dengan kewujudan kedai² salon yang baru dan lebih moden mengikut peredaran masa kini sebab mereka juga sudah lama dalam indsutri ini.

Lihat saja jika seorang ( gunting rambut dewasa) bayaran yang dikenakan RM10.00. Rasa mahalkan?! Tapi berbaloi dengan 'cara' dia bekerja. Bukan 'upah' yang dia utamakan tetapi kepuasan dari setiap pelanggan yang datang ke kedai itu yang menjadi keutamaannya dan itu juga menjadi KPI bagi mereka untuk melihat dan memastikan setiap dari pelanggannya untuk datang semula.

Dan dalam masa sehari dia boleh dapatkan mungkin lebih dari 10 orang. Paling tidak berapa dia dapat sehari ?! sebulan?!

Dalam hati kecilku berkata...'lumayan'

1 ulasan:

ajampeace berkata...

mungkin pengunting rambut tersebut ada karisma..hehe..