Rabu, 6 Januari 2010

Keletihan

Hari ini aku mula masuk pejabat setelah bercuti 2 hari ( Isnin & Selasa ). Hari Ahad lepas aku balik kg hantar adik aku sykin ngan anak buah aku Wawa & Haikal.

Aku plan mau hantar durang balik kg pada 12 hb, sebab memikirkan waktu persekolahan akan buka selepas tarik tersebut. Rupanya aku tersilap.

Berbalik kepada kisah cerita aku di pejabat hari ini. Memang sudah aku jangka aku akan berdepan dengan ramai pelajar hari ini. Sebelum ni pun, memang ada sudah yang call dan mesej bagi tau mau jumpa aku.

Pagi tadi lepas saja aku hantar adik lelaki aku mendaftar di Pusat Giat MARA Gaya, aku bergegas ke Griblles untuk buat pemeriksaan kesihatan. Aku antara staf yang terlambat berbuat pemeriksaan dari jadul yang telah ditetapkan. Bukan disengajakan.

Sekembalinya ke pejabat. Aku lihat ramai pelajar telah menunggu aku. Semua pasal kolej.

Jam 5 petang td pun masih ramai lagi yang menunnggu diluar. Namun, aku terpaksa berjumpa dengan mereka pada esok pagi kerana terasa terlalu keletihan.

Macam - macam ragam.

Tiada ulasan: