Ahad, 24 Januari 2010

Lepak di Hujung Minggu

Hari ini aku bangun lambat.

Tiada plan untuk pagi ini. Cuma aku rasa seronok sebab dapat lepak di rumah sama - sama dengan adik dan kazen aku. Sambil makan nasi goreng sambil tu juga kami layan Melodi @ TV3.

Melayan cerita artis² malaysia. Gosip sana sini. Cerita yang tak akan ada penghujungnya.

Tinggalkan cerita panas di melodi. Aku layan baca majalah kesukaan ku. He3x.

Mata semakin layu. Aku rasa nak tidur. Tapi aku tukar plan sebab mahu mengemas bilik dan cuci baju. Itu antara aktiviti rutin ku dihujung minggu.

Petang kami keluar berjalan - jalan. Adik aku ajak pegi rombengan di KK. 'Menyempat' juga kami ke KK Plaza. Lama aku tidak berkunjung ke pusat membeli belah itu. Seronok pula rasanya kalau jarang - jarang berjalan ni.

Sebelum kami balik, adik aku ajak sekali lagi untuk singgah di Servay Likas sebab dia mau beli peralatannya. ( Nota : adik lelaki aku sedang mengikuti kursus Pendawaian Elektrik di Pusat Giat MARA Gaya, Inanam )

Jam hampir 10.00 malam. Kami bergegas balik ke rumah. Pastinya kami terlewat sedikit dari menyaksikan pertandingan Star LG. Tapi sempat juga menyaksikan persembahan TOM yang sentiasa bertenaga dan power setiap minggu. Tahniah ! untuk TOM sebab dapat masuk ke Final Star LG. Rasa²nya tahun ni dia ( Tom ) akan dinobatkan sebagai Juara.

Badan terasa penat. Esok kena bangun awal. Semoga esok akan lebih baik dari hari kelmarin dan semoga hari - hari seterusnya akan lebih baik dari hari - hari selepasnya. Amin.

Tiada ulasan: