Ahad, 31 Januari 2010

Penat & memuaskan

Jam HP menunjukkan jam 8.30 pagi. Aku lambat bangun hari ini. Bukan disengajakan. Tapi Mungkin disebabkan semalam aku tidur lambat lebih kurang jam 3 pagi.

Urusan semalam masih belum selesai. Pasal barang² arwah dibilik perlu untuk dibawa dan dihantar kepada keluarganya. Syukur alhmadulillah, rakan sebiliknya telah membawa barang - barang tersebut dan mereka terus menziarahi keluarga arwah.

Aku mengambil sedikit masa yang terluang untuk pegi ke Tamu di gaya Street. Bukan untuk bersiar - siar tapi ada informasi yang aku perlukan dan menyebabkan aku perlu pergi kesana.

Si Gaman ( Nota : panggilan yg biasa aku gunakan untuk housemate ku ) & kazen ku pun turut serta.

Sakit kaki. Penat. Jam lebih kurang 7 .40 malam kami balik. Hari ini tercapai juga hajatku untuk pegi ke City Mall.

Dalam perjalanan balik, kami singgah di UA sekejap sebab si Gaman akan bermalam disana.

Jam 10 pagi kami bergerak dari rumah dan am 8.30 malam kami menjejakkan kaki semula di rumah. Betul - betul penat tapi memuaskan.

Malam ini juga, aku plan nak tengok My Star LG Akhir. 3 finalis yang ada Sarah, Apiz & Tom. Dan aku menjangkakan TOM akan menang untuk musim ini.

Persembahan Tom tiap minggu memang mantap. Rugi kalau dia kalah malam ni. Dan bila keputusan di umumkan, ternyata Tom memang layak untuk dinobatkan sebagai pemenang My Star LG musim ini. Tahniah!

Aku tinggalkan dulu cerita pasal hari ini. Cerita Esok aku sedikit berdebar².

kenapa ya?!

Tika dan saat ini, aku hanya mampu berdoa, semoga Allah mempermudahkan semua urusanku.

Amin.

Tiada ulasan: