Jumaat, 22 Januari 2010

Penat

Lepas hantar adik aku di Inanam. Aku masuk opis sekejap dan isi borang keluar pejabat. Pagi aku plan mau settlekan urusan luar dulu, then sebelah petang ada meeting untuk group KIK kami.

Aku bergegas ke Tuaran. Selesai urusan di Tuaran aku terus ke KK ( Bank Islam ). Settle.

Hari ini plan solat jumaat di Menggatal. Kebetulan adik aku tiada kelas sebelah petang disebabkan durang ada program derma darah.

Petang ~ jam 2.30 ada mesyuarat Kumpulan KIK kami. Tapi Abang Karim mesej bagi tau aku yang aku kena suruh hadir mesyuarat di HEP. Dua kali sudah durang called. Cuma yang aku pelik tiada pun durang call HP aku atau tiada pun email makluman berkenaan dengan mesyuarat tersebut. Called petang mesyuarat petang tu juga.

Dengan sedikit rasa kegeraman terpaksa turun juga aku ke HEP. Masuk mesyuarat, nasib cepat abis. Bolehlah kami meneruskan mesyuarat yang sudah dirancang awal ni. Belum sampai aku di pejabat. Kelihatan kelibat Kak Kaseh dan Kak Arfah turun ke tempat letak kereta dari pejabat UPK Klaster B.

Puan Kaseh minta aku hadiri mesyuarat di Gym. Aku mengambil keputusan untuk tidak hadir. Mesyuarat kami pula terpaksa ditangguhkan.

Apapun, kita hanya mampu merancang namun Tuhan yang menentukan.

Malam aku ada kelas. Kelas bermula jam 7 malam di Fast Track. Letih sangat. Tapi aku mesti hadir kelas. Malas sudah mau ponteng² kelas. Aku benar² berharap agar aku dapat melalui sesi pembelajaran semester ini dengan baik. InsaAllah.

Esok pula ada modul.

Macam manalah pelajar² esok ni...

Tiada ulasan: