Isnin, 25 Januari 2010

Punya Hati

Syukur alhamdulillah kerana aku masih lagi bernafas seperti hari - hari lainnya. Aku masih mampu mengerjakan kerja² harian ku seperti biasa. Aku Panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dikurniakan kesihatan serta kekuatan sehingga hari ini. Semoga hari ini lebih baik dari hari - hari sebelumnya. InsaAllah.

Berbalik kepada cerita topik hari ini. Semua orang tahu hari ini adalah hari Isnin. Hari yang bagi sesetengah orang best dan sesetangahnya pula mengatakan 'tak best'. Tapi yang pastinya hari ini adalah hari yang mengembirakan bagi kakitangan kerajaan sebab 'hari gajian'. He3x.

Pagi ini, aku perlu menyelesaikan beberapa perkara lagi untuk program malam ini. Alhamdulillah semuanya siap diuruskan. Harap² tiada lagi masalah yang memeningkan kepala ku malam ini. Jam 2.30 petang semua staf diminta berkumpul di Dewan Serbaguna ( Gym ) untuk mendengar Amanat Naib Canselor yang disiarkan secara langsung. Banyak intipasti yang disampaikan khusus untuk warga UiTM. Semoga usaha murni ini akan dapat direalisasikan oleh semua warganya.

Petang tadi juga aku dapat called dari Kakak aku di Keningau. Dia bagi tau pakcik aku di Papar telah meninggal dunia. Aku seakan tidak percaya. Namun, berita tersebut turut disahkan oleh sepupu ku di KG. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama - sama dengan orang - orang yang beriman. Amin.

Malam aku ada kelas + perjumpaan PPP. Kelas bermula jam 7 malam. Dan kami dimaklumkan kelas akan berhenti awal disebabkan keadaan pensyarah yang kurang sihat. Aku memang tidak dapat fokus. Hp ku seringkali bergegar ( vibrate ). Sekejap² aku melihat HP ku. Dan membuatkan aku hilang tumpuan. JKuasa balik² menelefon dan SMS aku. Aku tenang. Tidak mahu situsasi itu mengganggu mood pensyarah yang berada didepanku. Alhamdulillah.

Abis kelas, aku bergegas terus ke rumah untuk mengambil makanan pelajar dan bawa ke Dewan Serbaguna. ( Nota : makanan yang dimaksudkan bukan dimasak atau disediakan oleh ku, tetapi diletakan saja di rumah ku...he3x ).

Terima kasih juga pada staf UPK B yang datang membantu aku semalam dan minggu lepas bagi memastikan kelancaran program berjalan dengan sebaiknya.

Terima kasih juga kepada semua Seketriat JPK yang bertungkus lumus dalam menjayakan program yang dianjurkan kali ini. InsaAllah, kalian pasti akan mendapat 'hasil' yang berharga yang tidak bisa diperolehi oleh pelajar² lain. Itu kelebihan yang tidak 'nampak' tapi akan kelihatan suatu hari nanti. Pasti.

Kepada semua rakan PPP dan Dr. dari Unit Kesihatan terima kasih kerana sudi datang untuk bersama - sama dalam menjayakan program kali ini.

Apa yang dilakukan oleh PPP ini mungkin 'kecil' dimata sesetengah orang dan mungkin tidak dipandang sangat oleh segelintir pihak. Sekarang kami mungkin bisa berada disini bersama - sama dengan para pelajar yang tinggal di Kolej. Jika 'suatu hari' nanti kami juga akan bersama - sama dengan yang lain dengan kehidupan sendiri diluar dari kehidupan sekarang ini. Apakah ada 'insan' yang sudi dengan rela hati untuk menjadi PPP ( nota : bukan atas keperluan yang mendesak disebabkan ketiadaa rumah. Ini antara realiti yang dihadapi. )

Ataukah...biarkan saja masa yang menentukan. Hakikatnya kami tidak akan selamanya berada disini.

Tiada ulasan: