Sabtu, 9 Januari 2010

Rencana

Hari ini aku tidur lewat. Baru baru balik dari Hospital iring pelajar sakit. Disebabkan mata aku yang belum lagi mengantuk jadi aku mengambil kesempatan ini untuk mengupdate blog.

2 Hari aku nda sempat menulis disini. Maka, salah satu azam aku tahun ni adalah untuk menulis setiap hari disini. InsaAllah, aku bisa melakukannya.

Esok pagi ada program senamrobik anjuran Unit Sukan dengan kerjasama UPK. Lama sudah tidak ikut senamrobik, jadi esok aku kena bangun awal. Esok juga aku kena kerja sebab ada pendaftaran pelajar baru second intake. Nampak gayanya hujung minggu aku sepanjang bulan ini akan dipenuhi oleh aktiviti pelajar.

Last semester banyak program / aktiviti pelajar terpaksa ditangguhkan disebabkan H1N1. Dan semester ini harap² semuanya akan berjalan seperti yang dirancangkan.

Sebelum Januari ini melabuhkan tirainya, aku benar² berharap agar aku bisa melaksanakan semua perancangan yang telah direncanakan untuk tahun ini. Amin.

Tiada ulasan: