Sabtu, 9 Januari 2010

Sabtu Ini

Hari ini aku benar² terasa keletihannya. Selepas aktiviti senamrobik terus masuk opis sebab ready untuk pendaftaran pelajar ( 2nd intake).

Alhamdulillah, Senamrobik kali ini ramai pelajar yang turun. Mudah²an ini bukan disebabkan kupon tetapi biarlah mereka ( pelajar ) memikirkan akan manfaat bersenam yang sememangnya dapat menjaga kesihatan.

Dalam keseronokan mengikut langkah serta gerak tari 'instructor', kelihatan Prof. Madya Hajah Rosdiana Haji Sukardi , Timbalan Pengarah Kampus HEA pun turun menyelurusi anak - anak tangga untuk turun ke padang. Terima kasih atas kehadiran beliau dan kepada semua staf UPK, Unit Sukan, SJPK, JSP & semua pelajar yang hadir pagi tadi.

Seharian di pejabat. Aku lapar. Ajak adik aku pegi makan di Nasi ayam Antarabangsa.

Petang sambung keja macam biasa.

Tiada ulasan: