Sabtu, 16 Januari 2010

Sabtu & Modul

Hari ini aku bersama - sama Fasi lain bertugas untuk modul pelajar - pelajar semester 2. Waktu diperuntukkan 6 Jam. Semalam mereka telah menghadiri sesi ceramah. Dan semalam juga;

- Aku bertungkus lumus untuk menyiapkan bahan untuk diedarkan kepada para peserta. Alhamdulillah, siap juga akhirnya. Terima kasih juga pada adik aku sebab tolong dan temankan aku di pejabat semalam.

- Aku 'tidur - tidur ayam' disebabkan adik perempuan aku ( 2 org ) datang ke KK. Lebih kurang jam 1 pagi durang sampai di KK. Jemput durang.

Esok paginya, aku bersiap awal sebabkan program bermula jam 8.00 pagi dan abis jam 4 petang. Mereka ( pelajar ) yang berada di dalam kelas 'mix' dengan pelajar - pelajar dari program lain. Beberapa semester lepas, tidak begitu. Pelajar terdiri dari mereka yang sama kelas.

Alhamdulillah. Jam lebih kurang 3.30 petang. Kami bersurai. Ini bukan kes awal balik . Tapi oleh kerana kami bersetuju untuk menyambung sesi sebelah petang awal 30 minit ( nota : Program dimulakan jam 1.30 petang ) maka kami baliklah seperti yang dipersetujui.

Apapun, semoga perkongsian ilmu ini akan beroleh keberkatan dariNya. Semoga hasilnya juga akan memberikan kesedaran kepada semua pelajar yang hadir.

Minggu depan aku bersama - sama Fasi yang lain akan bertugas untuk Modul Sem. 3.

Tapi esok aku bersama - sama adik aku akan berjalan - jalan ke Tamu dan kawasan - kawasan yang sewaktu dengannya.

Tiada ulasan: