Sabtu, 23 Januari 2010

Sabtu & Modul

Bersiap untuk modul hari ini.

Aku sendiri ingatkan program modul sampai jam 4.30 petang. Rupanya tidak.

Bermula semester ini modul untuk pelajar semester 3 hanya 4 jam. sahaja Kelas modul mula jam 8 pagi dan berakhir jam 1 petang. Lega.

Semalam pelajar² semester 03 sudah ada sesi ceramah berkenaan dengan pengisian program hari ini. Jadi senang sikit untuk kendalikan LDK saja.

Kali ini dengan masa yang singkat untuk mengendalikan program modul 03 rasanya macam sekejap saja. Dan banyak juga perkara yang dikongsikan bersama - sama dengan mereka.

Ada yang suka. Ada juga yang tidak.

Apapun, aku berharap agar hasil modul ini akan memberikan mereka sedikit gambaran akan 'keberadaan' mereka di kampus ini. 3 tahun bukan satu tempoh yang lama. Dan aku sempat juga berpesan kepada mereka agar mereka berusaha untuk merebut peluang yang ada di Universiti ini.

UiTM Dihatiku

Tiada ulasan: