Khamis, 14 Januari 2010

Suntikan Baru

Seorang kawan lama datang jumpa aku. Banyak benda baru dikongsikannya dengan aku. Dan masa tu aku rasa seakan aku dapat satu lagi suntikan baru untuk aku terus menyusun dan mengemaskini semua strategi dan perancangan ku untuk tahun ini dan tahun² yang akan datang. InsaAllah.

Aku harap semangat ini akan terus membara.

"kalau orang lain boleh buat, kenapa kita tidak boleh?" - ayat yang sering kedengaran. Dan antara ayat yang memberikan kita sumber kekuatan dan keyakinan bahawa kita juga mampu untuk melakukannya.

"Kaf, aku juga tidak pandai. Tapi disebabkan aku mau pandai, aku berusaha untuk jadi pandai" itu yang dikatakanya padaku. Dan ternyata memang dia berbeza dari dulu.

Jadi tak kan aku akan terus begini dan disini. Tidak !

Berkesempatan berjumpa dengan seorang staf yang selalu menasihati aku selama ini.
"Jangan putus asa, kau boleh tu...cuma kita kena banyak berkorban dulu, bersusah dulu dan InsaAllah kita akan senang kemudian" pesan kakak tu pada ku.

jauh disudut hati, aku berkata "Ya Allah permudahkanlah aku". Amin.

Tiada ulasan: