Jumaat, 1 Januari 2010

Tahun Baru 2010

Salam Tahun baru. Alhamdulillah ! hari ini adalah hari pertama di tahun baru 2010.

Hari ini cuti umum.

Masa berehat bagi sesetengah orang. Masa terluang beginilah yang paling seronok untuk bersama - sama dengan keluarga. Aku bujang jadi inilah masanya untuk bermalas - malasan dirumah. Tapi tidak untuk hari ini. Hari ini aku kena keja untuk pendaftaran esok dan lusa

Esok pendaftaran bagi pelajar - pelajar lama yang telah mendapat kolej. Hari yang pastinya amat memenatkan. Kerja punya pasal. No problem.

Semalam aku, adik pompuan aku ngan anak dia Wawa dan Haikal ( anak buah aku ) pegi KK. Kelihatan begitu ramai manusia di sepanjang Tg. Lipat. Sesak.

Tapi bukan disana destinasi kami. Pusing² di Bandar KK, memang banyak tempat juga yang sesak oleh orang yang sama - sama ingin menyambut tahun baru. Padang merdeka sunyi sepi. Gelap. Ramai yang datang terpaksa berpatah balik ngan wajah yang hampa.

Jam 11.45 malam. Kami mula meninggalkan dataran Deasoka. Dalam perjalanan balik, kedengaran bunyi bunga api. Dan masa tu jugalah kedengaran bunyi hon. Aku paling ke kanan. Aku perhati kereta sebelah beriya² menekan hon. Excited.

Kereta park sekejap tepi jalan. Apa lagi anak buah aku hepi sangat². Sempat juga aku rakam.

Apapun, kepada semua kalian selamat menjalani kehidupan ditahun baru ini. Dan kepada semua pelajar UiTM selamat kembali untuk menempuhi alam kuliah yang akan bermula seawal minggu depan.

Mula esok Kolej tidak lagi sunyi.

Tiada ulasan: