Selasa, 26 Januari 2010

Teruja

Hari ini aku bongkar almari kabinet besiku. Lama sudah aku plan mau buat, tapi tertangguh. Kali ini aku semangat untuk melakukannya. Selesai.

Aku gemar sekali untuk mengubah kedudukan atau apa saja peralatan / perabot sama ada di rumah atau pejabat jika aku merasakan jemu dengan susunan tersebut. Kata orang tukar - tukar selera. Tapi kerja yang satu ini aku belum sempat untuk melaksanakannya. Dalam keadaan sekarang memang tidak sesuai sebab sekejap² ada saja pelajar yang datang berjumpa dengan ku.

Pagi tadi, staf dari Syarikat kontraktor yang bertanggungjawab untuk memasang tiles di depan kawasan pejabat datang ke Pejabat UPK. Aku kena buat pilihan warna yang sesuai. Mereka datang sebelum ini dengan sample yang sedia ada. Tapi kami tidak berkenaan. ( Nota : aku bersama - sama staf UPK B membuat keputusan untuk memilih warna bagi tiles yang ingin dipasang ). Kami cadangkan warna lain.

Sekali lagi mereka datang dengan warna yang 'kureng' menarik keterujaan kami. Nampak gayanya kami terpaksa membuat pilihan yang sedia ada. Limited. Keputusan dibuat. Macam manalah keadaanya bila tiles itu siap nanti. Berdebar juga aku rasa.

Banyak lagi projek yang kami rancangkan dan kami difahamkan semua projek berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat².

Esok petang pula, satu lagi syarikat akan datang untuk menghantar alat 'Outstation Gym'. Pagi - pagi lagi Mr. Jimmy sudah menghubungi aku untuk maklumkan aku perkara itu. Ini bermakna, esok kami terpaksa mengalihkan kedudukan semua kerusi yang ada disitu terlebih dahulu.

Akhirnya, sampai juga 'outstation Gym' yang sekian lama ditunggu - tunggu. Lepas ni bertambah fit lah pelajar² siswa disini.

Malam. Aku ada kelas Bahasa Arab. Jam 7 - 9 malam di fast Track. Dan malam ini juga ada perjumpaan PPP bersama - sama Pelajar Lama Siswa. Untuk bulan ini selesai program PPP. syukur alhamudlillah.

Esok aku bertugas untuk Rapat Umum bagi Pilihanraya JPP.

Teruja untuk mendengar apakah pendekatan mereka kali ini.

Tiada ulasan: