Rabu, 27 Januari 2010

Yang 'HOT' Hari ini

Kali ini aku ingin berkongsikan tentang dua perkara :-

1. Pasal hot chat Di Hot FM
1. PilihanRaya Kampus.

Perkara #1 ~ Aku suka dengar radio HOT FM. Aku suka dengar FAFAU bercoleteh. Dulu terkenal dengan tag linenya 'Farafauzana in the house'. Dan disebabkan itu juga, bila FF berpindah ke Hot FM, aku pun berpindah siaran di mana FF berada.

Berbalik kepada Hot Chat durang tadi pagi. Pasal lelaki menangis!

Ramai pemanggil dan banyak SMS yang diterima dari orang ramai berkenaan dengan isu yang dibincangkan pagi tadi. Masing - masing punya pendapat masing. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak. Dan ada juga yang mengatakan 'bergantung dengan situasi /keadaan itu sendiri'.

anda bagaimana?!

Perkara #2 ~ Sekarang ini demam pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ( JPP ) sesi 2010/2011 sedang bermula. Semua 'Pengurus Kempen' sibuk menguruskan kerja - kerja melobi calon masing - masing.

Untuk sesi pemilihan JPP kali ini, semua calon akan bertanding atas tiket Fakulti dan bukan lagi bertanding diperingkat program masing². Ini bermakna, saingan senget antara calon - calon yang bertanding untuk merebut kerusi JPP memang hebat.

Malam ini, sesi Rapat Umum. Semua 29 orang calon JPP diberikan peluang untuk berucap dihadapan pengundi² mereka. Ketika inilah mereka perlu untuk meyakinkan kesemua pelajar di dalam fakulti masing - masing untuk mengundi mereka. Siapakah barisan JPP yang akan menerajui tampuk kepimpinan JPP UiTM Sabah kali ini? Esok penentuan segalanya.

Dari kacamata kasarku.

Aku perhatikan ada segelintir calon yang berkeyakinan tinggi. Bijak mengatur bicara untuk memastikan strategi untuk merai undi untuk menang dalam pertandingan Pilihanraya kali ini.

Dan ada juga calon yang gagap dan hilang bicara kerana rasa gementar berdepan dengan kebanjiran penyokong - penyokong yang datang ke Dewan.

Tidak kurang juga yang cuba untuk merai "perhatian simpati". Ini agenda lapuk yang sepatutnya tidak digunakan lagi. Dia ibarat menjerut leher sendiri kerana tidak berhati - hati ketika bercakap di hadapan 'bakal - bakal pengundi' dikesempatan yang terbatas ini. Rugi !

Apapun, kesemua calon² yang bertanding harus diberikan peluang serta diberikan suntikan semangat serta dorongan agar mereka akan terus berusaha untuk menjadi barisan pimpinan pelajar yang berkualiti meskipun mereka tidak bersama JPP.

Kepada Calon JPP ~ Tahniah di ucapkan kepada semua bakal² JPP yang baru ( yg menang ) Selamat melayari bahtera JPP dan kepada calon² yang tidak bernasib baik, anggaplah ini satu kejayaan yang tertangguh. Di Uni ini platform disediakan terlalu banyak. Terserah dengan kalian untuk menentukan jalan mana yang kalian pilih.

kepada semua warga UiTM Sabah ( pelajar ) selamat menjalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi untuk menentukan Barisan Kepimpinan JPP anda.

Pada saat dan ketika ini "Undian anda amatlah berharga"

Tiada ulasan: