Rabu, 13 Januari 2010

Yg terjadi hari ini

Petang ni aku ada mesyuarat jam 2.30 petang di DK2.

Bincang pasal modul untuk hujung minggu ni dan beberapa minggu yang akan datang. Memang ada banyak perubahan dari segi perjalanan modul itu sendiri.

Selesai mesyuarat. Ada sedikit jamuan santapan untuk minum petang. Lepas tu terus pegi ambil adik aku di Inanam dan kazen aku yang baru sampai dari kg. Esok dia ( kazen ) ambil surat tawaran kerjanya di Pejabat Pentadbiran.

Alhamdulillah, akhirnya dia dapat juga kerja tetap. Hadiah di tahun baru. Selamat datang menjadi warga UiTM.

Apapun, masih di bulan pertama pada tahun ini. Aku masih menyusun strategi untuk tahun ini. Semoga ianya akan dipermudahkan. Amin.

Tiada ulasan: