Selasa, 2 Februari 2010

02.02.2010

Alhamdlulillah. Hari ini genap usia ku 31 Tahun. Sykur ke hadrat ilahi kerana aku masih berada dimuka bumi ini. Semoga Allah memanjangkan usiaku agar aku bisa semakin dekat padaNYa. Agar aku dapat melakukan dan mempertingkatkan ibadahku padaNya.

Terima kasih pada semua yang 'wish'. Terima Kasih juga pada doa² kalian. Semoga Allah mencucuri rahmat pada kita semua.

Lupakan seketika pasal my bday. he3x.

Hari ini aku ditugaskan sebagai MC sempena kedatangan Panel Penilai MQA. Semua staf berdebar². Seharian juga aku berada di Unit Kualiti bersama - sama dengan Pengarah, Timbalan² Pengarah Kampus, Ketua - ketua Bahagian, Koordinatoor² Program, Ketua - ketua Unit dan juga para pensyarah yang di pilih untuk ditemuramah oleh ahli - ahli panel. AKu hanya sebagai MC sahaja dan bukan untuk di temuramah. Risau. He3x.

Alhamdulillah, lebihkurang jam 4 petang semuanya selesai dan berjalan dengan baik. Tapi pada 04.02.2010 ada satu lagi audit yang akan datang. Persiapan di Bahagian / unit masing - masing juga perlu untuk dikemaskini. Begitu juga aku.

Dalam masa yang sama juga aku kena bijak untuk mengatur segalanya kerana banyak aktiviti pelajar yang akan dilaksanakan kali ini.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku. Amin.

2 ulasan:

Sarah Syazwani berkata...

heppi belated besday..moga panjang umur yaa

Mak Su berkata...

alhamdulillah, selamat menyambut ulang tahun yang ke-31 :)

semoga sukses selalu dan sentiasa dalam rahmat Allah swt :)