Jumaat, 12 Februari 2010

3 Peristiwa 1 Malam

Semalam ada 3 peristiwa yang berlaku.

1. Majlis bacaan Yassin ~ Program ini merupakan program mingguan yang diadakan di surau klaster A & B. Program kelolaan Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP ). Minggu pertama, tidak ramai yang datang. Berharap minggu depan pasti bilangan pelajar yang datang ke surau akan bertambah.

Minggu ke-2 yakini semalam hanya 6 orang sahaja yang ada untuk membaca Yassin. Tapi selepas tu ramai juga yang datang untuk solat ishak. Alhamdulillah. Semoga bukan setakat malam Jumat sahaja malah pada waktu - waktu seterusnya akan bertambahlah juga bilangan saf yang berjemaah di surau. InsaAllah.

Lepas isyak ada sedikit makanan diberikan kepada jemaah yang ada. Seronok dapat makan bersama - sama dengan mereka. Inilah kelapangan yang ada untuk dikongsikan bersama - sama dengan mereka yang berada disana.

"kita perlu naikkan notis tak cik?" tanya salah seorang pelajar kepadaku pada minggu pertama majlis bacaan yassin ini diadakan di surau. Dia risau sebab bilangan pelajar yang datang tidak seperti yang diharapkan.

Sambil tersenyum kearahnya aku jawab "Tak perlu". Dan aku rasa dengan jawapan ringkas begitu, kalian juga bisa  mengerti apa maksud yang ada disebalik jawapan itu.

2. Mesyuarat Pelantikan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej ~ Jam 8.30 malam. Bilik Mesyuarat Klaster B. Jam hampir 9.00 malam baru bermula. Ada seorang ahli yang tidak dapat info berkenaan dengan mesyuarat yang diadakan semalam. 

Penerangan ringkas diberikan tentang tujuan mesyuarat semalam. Aku tinggalkan mereka dan biarkan mereka untuk membuat keputusan sendiri dalam menentukan siapakah yang dilantik menjadi Presiden dan exco - exconya.

Sejam kemudian. Keputusan siapa yang menjadi Presiden telah terjawab. Mudah.

Dalam keasyikan bermesyuarat bersama - sama mereka. Tiba - tiba....To Be Continue...

Aku tidak kena buat keja dulu. he3x.

1 ulasan:

art hajatullailie berkata...

firedrill~! kacau~!! =)