Khamis, 11 Februari 2010

Aku & JPK

Minggu ini minggu yang amat memenatkan bagi aku. Minggu dimana berlangsungnya pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Kolej ( JPK ) Sesi 2010 / 2011. Kami menjadi urusetianya.

Pemilihan JPK ini dibuat selepas sahaja pelantikan JPP yang baru sahaja selesai Pilihanrayanya bulan lepas. Dan semua persatuan Dalam juga dibubar dan diminta untuk melantik JKuasa masing - masing.

Pemilihan JPK kali ini ada sedikit perubahannya.Cadangan ini datangnya dari perbulan / sembang - sembang bersama dengan Puan Aminah Aman, Penolong Pendaftar HEP ketika sedang berlangsungnya pilihanraya JPP baru - baru ini. Tercetusnya idea tersebut membuatkan aku kena melakukan 'extra' task kerana  ini merupakan pemilihan pertama JPK UiTM Sabah yang menggunakan sistem eVoting . Kampus lain ada juga yang guna eVoting untuk JPK. Semoga semuanya akan berjalan dengan baik.

Mesyuarat PPP - memilih calon - calon JPK yang bakal bertanding. Seramai 70 lebih borang yang diterima , bila short list dibuat seramai  66 orang calon yang bertanding untuk merebut kerusi 16 kerusi JPK atau dalam ertikata lain 2 orang JPK untuk satu Kolej.

Bilangan calon mengikut Kolej :-

A1 - 9 calon ( siswi )
A2 - 10 calon ( siswi )
A3 - 5 calon ( siswi )
A4 - 7 calon ( siswi )

B1 - 8 calon ( siswa )
B2 - 10 calon ( siswa )
B3 - 7 calon ( siswa )
B4 - 10 calon ( siswi )

Dari ramai - ramai calon yang disenaraikan diatas. Hanya 5 calon sahaja yang akan dibenarkan untuk bertanding bagi tiap kolej masing - masing.

Walaupun hanya setakat diperingkat kolej, namun persaingannya amat sengit. Debaran pastinya terasa bagi semua calon yang diumumkan layak untuk bertanding. Mereka berkempen. Perang poster bermula.

Promosi di Facebook juga semakin rancak. Pelbagai medium digunakan untuk merai undi. Tiada rapat umum. Sukar juga bagi sesetangah calon untuk berkempen.

Apapun, seperti yang pernah aku katakan semasa rapat umum JPP yang lalu. Bagi semua calon yang bertanding. Adat pertandingan ada kalah dan ada menang.

Bagi yang menang tahniah diucapkan. Dan bagi yang kalah, anggaplah ini satu kemenangan yang tertangguh.

10 Februari 2010 - tarikh penting bagi semua calon JPK dan semua pelajar kolej kediaman UiTM Sabah. Bermula jam 12 tengah hari semua kaunter telah dibuka kepada semua pengundi.Sepanjang perjalanan pemilihan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Tepat jam 8 malam kaunter undi ditutup. Meskipun pada ketika itu masih ada beberapa orang pelajar yang datang untuk mengundi. Terlambat.

Keletihan terasa amat berbaloi bila saja telah selesai kerja untuk hari berkenaan. Puas dan lega.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan proses pemilihan JPK kali ini. Kepada semua PPP, Staf UPK A dan UPK B, Unit ICT ( terutama kepada Encik Hasmari Ekol dan Bossnya yang memberikan kerjasama ). Tidak dilupakan kepada Timbalan Pengarah Kampus HEP dan Alumni, Penolong Pendaftar HEP, Unit ILQam dan setinggi - tinggi penghargaan kepada semua Sekretariat JPK dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan pemilihan JPK kali ini.

Syabas & Tahniah.

Aktiviti seterusnya ~ Kursus Kepimpinan Kolej - siri 1

Tiada ulasan: