Isnin, 1 Februari 2010

Hari Pertama di Bulan ke 2 Tahun 2010

01 Feb 2010 - Bulan ke-2 dalam tahun 2010.

Bulan lepas. Apa cerita?!

Apakah perancangan diawal tahun 2010 telah tercapai. Ataukah masih terlalu awal. Mungkinkah masih lagi menyusun perancangan yang belum pernah selesai.

Aku secara peribadi, melihat permulaan untuk tahun ini berjalan dengan baik. Syukur alhamdulillah. Semoga Allah mempermudahkan semuanya. Meskipun, aku tahu ianya masih terlalu awal untuk aku membuat penilaian. Namun, aku juga perlu melihat sejauhmanakah perancangan yang direncanakan tersebut mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Bila aku bercakap pasal kerja, sebenarnya pasal ini banyak perkara yang aku kena selesaikan. Semua orang yang bekerja pun begitu. Tuntutan kerja memang wajib dipenuhi sebab itu amanah yang telah diberikan kepadaku. Benar. Aku akui, tiap kali ada saja benda yang bermain difikiran ku. Ada saja 'idea gila - gila' yang tercetus olehku. Dan dalam masa yang sama ada juga yang terlepas pandang olehku. Selalu aku pesankan pada sesiapa jua. Terutama mereka yang selalu berada disekelilingku. Andai aku tersilap. Tolong tegur aku. Andai aku terlupa, tolong ingatkan aku. Apa jua cadangan / komen yang sememangnya baik dan bermanfaat untuk semua orang tolong beritahu.

Ini salah satu pendekatan yang aku gunakan agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Menjalani kehidupan sebagai penjawat awam. Aku lebih suka meletakkan diriku dalam posisi yang flexsi supaya aku tidak terikat dengan sesuatu keadaan dan menyebabkan aku tidak merasa seronok untuk bekerja. Lagipun, bila kita bekerja ni bukannya untuk setahun dua. tapi jika boleh sehingga kita berpencen. InsaAllah.

Bila aku bercakap begini bukan bermakna, aku tidak suka ikut pada peraturan yang telah ditetapkan. Tidak sama sekali. Peraturan TETAP peratuaran.

Itu perihal kerja.

Bila bicara tentang kehidupan. Aku mengambil keputusan untuk bercerita tentang itu suatu hari nanti.

Cuma pada ketika ini, dalam menantikan hari esok. Jauh disudut hatiku. Aku memanjatkan doa padaNya. Bermohoan semoga Allah memanjangkan usiaku. Dan semoga aku bisa melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya. Amin.

Tiada ulasan: