Jumaat, 26 Februari 2010

Kerana KARKOL 2010

Kesibukan akan sentiasa ada pada semua orang. Begitu juga aku.

Dan selepas sahaja program Kursus Kepimpinan Kolej - Siri 1 selesai. Kini, aku berhadapan pula  Karnival Kolej 2010 ( KARKOL ).

Badan masih terasa letih. Aku memerlukan rehat yang secukupnya. Tapi keadaan masa yang terlalu sibuk buat masa ini membataskan waktu rehatku.

Kemarin saja kami ( Jawatankuasa Pegawai Pembangunan Pelajar ) bermesyuarat dari jam 8.30 malam dan selesai dalam jam 12.53 malam. Sudah menjadi kebiasaan untuk PPP mesyuarat pada sebelam malam disebabkan siang semua sibuk dengan tugasan hakiki.

Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan baik. Dan langkah seterusnya ialah mengatur masa untuk bermesyuarat bersama Timbalan Pengarah Kampus HEP dan Penolong Pendaftar HEP dalam masa terdekat ini. 

Minit mesyuarat aku kena siapkan bersama - sama dengan kertas kerja yang telah dibincangkan diperingkat JKPPP untuk dibentangkan kepada TP.
Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Amin.

2 ulasan:

ajampeace berkata...

hahaha..sandinya la..

baby cipai dunk berkata...

slm..sir,lawatan bila lg???ihihihihih