Khamis, 18 Februari 2010

Kursus Kepimpinan Kolej - Siri 1

 


Hari ini telah bermulanya Kursus Kepimpinan Kolej - Siri 1 bagi semua Pemimpin - pemimpin yang berada di Kolej. Dianggarkan seramai 100 orang pemimpin kolej yang akan menghadiri kursus ini.

Program ini merupakan program yang julung - julung kalinya diadakan yang dapat mengumpulkan semua barisan tertinggi sehingga ke exco - exco kecil di Kolej.

Tertangguh sebelum ini dan akhirnya terlaksana jua  pada hari ini 18 Feb sehingga 21 Feb 2010.

Aku bersama - sama dengan staf yang lain di UPK B dibantu oleh Jali, Roslan Tuyun ( Pengarah Projek ), Fartani Jahiku ( Timb. Pengarah projek ), Mohd Haris Marsaling ( Penghulu ) dan Hajatullailie Bakri ( Penghulu wati ) bertungkus lumus dalam memastikan Kursus ini berjalan dengan baik. 
Semoga Allah mempermudahkan semuanya. Amin.

Tiada ulasan: