Sabtu, 6 Februari 2010

Lemah

Hari ini aku rasa badan aku lemah sikit. Semalam lagi aku dapat merasakannya. Keadaan ini membuatkan aku sedikit tidak selesa. Tapi pagi ini aku kena pegi juga ke Padang sebab ada program senamrobik.

Selesai program senamrobik. Aku, Zul, Yusof dan Jali pegi sarapan pagi di Restoren Kak Tini di Sulaman central.

Hari ini, Zul akan menyiapkan senarai nama calon JPK yang akan dibawa ke mesyuarat pada esok malam bagi menentukan calon manakah yang layak untuk bertanding. Esok aku plan mau masuk opis sebelah petang. Jadi, pagi bolehlah juga aku pegi ke Gaya Street untuk meninjau dan membuat lawatan tapak disana.

Sesak juga bila memikirkan 3 perkara dalam satu masa. Aku kena bijak untuk mengatur dan menyediakan perancangan yang terperinci agar ke tiga - tiga program ini dapat berjalan dengan sebaiknya seperti yang dirancangkan. Dalam pada waktu itu, aku berdoa semoga aku dipermudahkan dalam menguruskan semua ini. Amin.

Esok malam. Kami ( PPP ) akan bermesyuarat. Calon yang memohon jadi JPK terlalu ramai. Belum pasti lagi siapa yang akan berada di tapuk kepimpinan JPK pada kali ini.

Banyak juga perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan. Dan aku juga berharap agar keputusan yang dicapai esok malam itu adalah merupakan satu keputusan yang boleh diterima oleh semua pihak.

InsaAllah.

Tiada ulasan: