Selasa, 23 Februari 2010

Nilai disebalik SURCAJ

Alhamdulillah kursus Kepimpinan Kolej - Siri 1 telah pun selesai. Tahniah dan syabas kepada semua peserta Kursus yang terlibat. 

Tarikh 18 - 21 Februari 2010, pastinya menjadi salah satu tarikh penting yang akan diingati oleh para pesertanya. Bagi pihak Penganjur, usaha untuk mengumpulkan semua Jawatankuasa Kolej akhirnya kesampaian juga pada tarikh berkenaan. Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kursus ini.

4 hari 3 malam. Terasa begitu pantas berlalu. Di hari pertama bertemu dengan mereka, aku sempat berpesan agar kesemua peserta dapat meminjamkan masa mereka kerana ketika kawan - kawan mereka sedang bercuti di kampung mereka pula terpaksa datang / pulang  ke Kolej lebih awal untuk berkampung pada kursus yang buat julung - julung kalinya diadakan ini. Apa yang diharapkan diakhir kursus ini mereka akan 'get something dan bukannya 'nothing'

Terima kasih sekali lagi.

Kursus ini adalah merupakan asas yang perlu diberikan kepada mereka. Dan ini juga merupakan salah satu wadah untuk memberikan mereka ruang dan peluang untuk mereka mengenali antara satu dengan yang lain.

Di Majlis Penangguhan Kursus ini, Yang Berbahagia Datuk Pengarah Kampus sendiri ada mengatakan.
'Menjadi pemimpin ini bukan mudah, kerana bila kita dilantik menjadi pemimpin datang bersamanya adalah tanggungjawab'

Semoga barisan pemimpin Jawatankuasa Kolej kali ini dapat menjalankan tugas mereka dengan baik. Dan semoga Allah mempermudahkan mereka dalam menggalas tanggungjawab yang telah diberikan dengan sebaiknya.

Terkesan aku bila melihat gelagat para peserta. Mereka akhirnya memahami dan mengerti apa yang tersurat dan tersirat disebalik "surcaj" yang kita permainkan dan semoga 'nilai' yang mereka temui itu tidak akan terhenti pada hari kursus malah akan diingati sampai bila - bila.

Bisakah mereka menjadi seperti 'Mutiara Hikmat' yang menjadi rebutan semua orang. 

InsaAllah.

Tiada ulasan: