Rabu, 3 Februari 2010

Urusan

Keletihan amat terasa hari ini. Kelmarin aku sibuk dengan Program lain. Hari ini aku telah menetapkan dalam senarai 'things to do' aku untuk mendaftarkan pelajar - pelajar yang masuk ke kolej ( rayuan ).

Alhamdulillah. Selesai buat sesi pendaftaran untuk hari ini. Hinggakan aku terlupa unuk bersarapan.

Petang aku plan mau pegi Bank Islam di KK. Bayar yuran pengajian ku kerana esok tarikh akhir pembayaran yuran. Tetapi planku tidak menjadi disebabkan pelajar masih lagi menunggu aku untuk menyelesaikan urusan pendaftaran kolej mereka. Jam hampir 3 petang.

Aku called Elny, tanya dia kalau aku masih boleh membuat pembayaran yuran pada esok hari. Alhamdulillah, jawapan yang diberikan amat mengembirakan aku. Tidak jugalah aku kelam kabut petang tu untuk pecut ke KK.

Lebih kurang jam 5 .30 petang adik aku mesej. Dia sudah sampai di Putra Jaya Telipok. ( Dari kg ). Alhamdulillah lulus juga dia ujian JPJ, sebab tu tujuan dia balik Kg sebenarnya. Syukran.

Esok pagi aku kena selesaikan urusanku terlebih dahulu, nanti jadi macam last semester sampai GT ( gugur taraf ). Aku juga yang sengsara. Pengajaran.

Tiada ulasan: