Selasa, 27 April 2010

Buat "Cendol" : Bukan senangkan Cendol

Penghargaan buat seorang kawan. 

Entri aku kali aku dedikasikan kepada seorang kawan yang aku kenal melalui 'alam maya' ini. Aku tidak pernah berjumpa atau bercakap dengan dia sebelum ini . Aku mula kenal dia di FS yang dahulunya menjadi kegilaan anak - anak remaja termasuk aku. Ceh !

Dan entah macam mana, baru - baru ini aku terlihatkan profile dia di FS yang telah lama aku tinggalkan. Lama tidak bertanya khabar.

Namun semuanya seakan baru bermula semula di FB. Syukur kepanjatkan kehadrat ilahi atas kesempatan yang ada ini.
Kenapa aku begitu teruja menceritakan perihal ini disini. Bagi aku mudah. Kita punya bermacam - macam cara untuk kita menghargai jasa kawan - kawan kita. Bagi yang tidak menghargai tu, No Komenlah. Nanti kita merasa juga tu 'manisnya' bila kehadiaran kita 'tidak pernah' dihargai.

Jesteru, enrti ini sebagai satu tanda untuk aku menghargai dia sebagai seorang kawan .  Aku tidak tahu sama ada dia membaca atau tidak apa yg aku tulis di Teratak ini. Sekiranya dia membacanya aku harap anggaplah ini sebagai 'buah tangan' yang aku berikan. Enteri ini akan kekal disini.  Mungkin satu hari nanti bila aku terbaca balik entri ini aku akan ingat bahawa masih ada  insan di dunia ini yang baik hatinya.
Penghargaan ini juga aku berikan kepada semua kawan² aku yang lain yang selalu bersama ketika aku susah dan senang, meskipun bilangangnya masih bisa dikira dengan jari namun aku syukuri kehadiran mereka. Hakikatnya bukan senang untuk mencari kawan sebegini. Hargailah mereka selagi mereka masih ada. 

Nak dijadikan cerita. 1st paper aku pada 21 April yang baru - baru ini. Aku bertungkus lumus untuk belajar sebab banyak topik yang mau dibaca.  Aku plan untuk tidur awal malam tu dan bangun semula tengah malam untuk menyambung semula pembelajaranku. Terima kasih pada Cendol [ aku namakan dia cendol ~ bukan nama sebenar ] sebab kejutkan aku dari terus tertidur , walaupun 'lambat' dari masa yang ditetapkan. Terkesan dan terharu aku bila 'kawan baru' seorang ni sanggup untuk berbuat demikian.

Aku hargai sangat² apa yg dia buat. Meminjam tag line Prof Muhd Kamil  "Kecil Tapi Signifikan".

Betul mungkin apa yg dibuat tu terlalu simple / kecil tapi tidak bagi aku. Thanks again Cendol.

Apapun, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk ko. Semoga ko akan sentiasa dimurahkan rezeki, diperlihara serta dilindungi serta dirahmati olehNya. Semoga ko akan sentiasa beroleh kejayaan dalam apa jua bidang yang akan ko ceburi. Berjaya & selamat di Dunia & Akhirat. Amin.

Tiada ulasan: