Selasa, 27 April 2010

Hambur

Ini punya kaitan dengan entri Jiwa Kacau. 

Nak dijadikan cerita adalah seorang hamba Allah di facebook ni. Marah dengan' menghambur'kan kemarahannya pada aku. Terkejut jugalah aku. Tapi aku masih lagi mampu untuk mengawal perasaanku ketika itu. Aku biarkan saja.

Aku minta maaf, meskipun aku tahu itu bukan salah aku. Keadaan itu sedikit sebanyak menambahkan ketegangan perasaan ku ketika itu. Aku cuba bertenang. Bila aku check balik dia terus delete akaun FB dia. Pelik. Rasanya itu bukan profile dia. Lain Orang lain gambar yang diberi. Hati - hati.

Keadaan itu menambahkan lagi ketegangan ku pada  ketika itu. Aku tidur.

Terjaga lebih kurang jam 10 lebih malam aku bersiap untuk ke kiosk celcom. Line celcom aku di sekat petang tu. Dalam perjalanan ke kk, fikiran ku masih lagi dihantui dengan kejadian petang itu dan membuatkan jiwa aku kacau sekali lagi.

Time² tu jugalah aku ingat pada famili ku di kampung. Sebak.

Salah satu cara untuk aku 'merileks'kan diri adalah memandu pada waktu malam seorang² "layan diri sendiri". Alhamdulillah. Urusan ku selesai. Thanks tu 'cendol' yg tolong aku.

Tiada ulasan: