Rabu, 21 April 2010

Jiwa Kacau

Salam pada semua yang datang ke Teratak ini. Semoga kalian akan sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan. Terima kasih juga kerana sudi bertandang ke mari.

Hari ini aku sedikit terganggu. Hari ini aku sedikit 'beremosi'. Kenapa? apa sebenarnya masalah yang aku hadapi kini.
Tiada teman untuk berbicara, semuanya sibuk dengan urusan kerja dan perihal masing - masing. Jadi seperti biasa disinilah aku akan bermonolog dan melepaskan segalanya. Maaf anda apa yang aku kabarkan disini membuat kalian tidak senang hati, terasa hati. Ini bukan cerita yang aku reka. Ini dari apa yang aku rasa.

Hari ini aku sekali lagi melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Debaran yang ku rasa hanya tuhan yang tahu ketika itu. Dan aku yakin dan percaya mereka yang lain juga merasai apa aku rasai. Habis kertas pertama ku petang tadi. Syukur alhamdulillah.

Meninggalkan dewan peperiksaan aku sedikit merasa resah. Bermulalah emosi ku terganggu. Aku cuba bertahan. Aku cuba untuk melupakan apa yang sedang aku rasakan.

Sharul ajak aku dan Yani minum petang di Indah Permai. Aku tidak lama duduk bersembang bersama mereka. Aku balik awal.

Sepanjang jalan menuju balik ke UiTM aku beristigfar banyak². Memang aku terganggu. Mungkin disebabkan aku tidak cukup rehat sehingga menyebabkan aku menjadi tidak keruan.


Aku cuba bertenang dengan melayan Facebook. Sebaliknya yang berlaku. Keadaan menjadi lebih teruk ketika aku sedang ber'facebook'

To be Continue....

2 ulasan:

Ask berkata...

Salam.. Kuatkan smgt.. Tabah slalu.. Insya Allah semua yg berlaku sentiasa ada hikmah.. hehe.. Allah sentiasa bersama org2 yg sabar.. =)

Jumardi_Alkhawarizmi berkata...

solatlah untuk menenagkan diri~