Khamis, 8 April 2010

Sesak & sibuk

Lama sudah aku tidak meng'update' blog. Last entri aku pada 13 Mac 2010. Fuhh !!!. Kemana aku selama ini. Kenapa aku tidak mengemakini Teratak ini. Kesibukan yang melanda adakah itu punca aku tidak 'cukup masa' untuk mengemaskini Teratak ini.

Sememangnya aku sibuk dengan aktiviti Karnival Kolej 2010 UiTM Sabah (KARKOL ) yang baru saja selesai pada 04.04.2010. Syukur alhamdulillah. Selesai sudah kesesakkan dan satu kesibukan.  Terima kasih kepada semua pihak yang akan terlibat dalam menjayakan program KARKOL kali ini. Pada rakan - rakan PPP, JPK, SJPK dan Ajk Blok yang terlibat dan ringkasnya semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Karnival Kolej 2010. Terima kasih banyak².

Dan bulan ini pula, aku sibuk dengan persediaan untuk peperiksaan. Banyak perkara yang aku kena buat. Banyak lagi topik yang aku kena 'cover'. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Amin.

Aku juga perlu bersedia, kerana berkemungkinan besar aku akan berpindah. Tempat bertugas masih ditempat yang sama cuma rumah mungkin tidak lagi di Klaster B.

Tiada ulasan: