Khamis, 20 Mei 2010

Jawapan hanya ada pada dia

Facebook. Antara aktiviti yang akan aku buat tiap - tiap hari. Hari ini aku 'lepak' dan layan FB seperti biasa dan aku terbaca satu post dari Frens List aku Hafifi. Membaca apa yang tertera, aku terkesan dengan apa yang diperkatakan oleh Saudara Ahamd Fitri Yahya. Jesteru aku kongsikan bersama 'kata - kata' yang mendalam maknanya ini sebagai ingatan buat diriku dan juga mungkin buat rakan - rakan yang singgah di Teratak ini.

Memetik & meminjam kata dari Ahmad Fitri Yahya ( AFY ) " Jika ada 'masalah' sesama manusia, bermaksud ada 'masalah' dengan Tuhan sama ada secara sedar atau tidak...Yg sombong menaruh dendam, yang sabar memohon ampun. Yang jahil terus bermusuh, yang berilmu bersihkan keruh..."

Sejak beberapa hari ini. Emosiku terganggu disebabkan konflik dengan seseorang. Perkara yang mungkin dianggap remeh dimata orang lain dan begitu juga pada diriku sendiri tetapi tidak bagi dia. Itu kesilapan aku sebenarnya. Aku akui kesilapan yang berlaku. Tapi kata orang 'menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna'.

Bermula dari perkara kecil ( remeh ) ianya  menjadi makin besar dan parah. Dan mungkin akan berterusan. Aku bingung.

Jujurnya aku hargai dan sayangi persahabatan yang terjalin antara aku dengan sesiapa jua. Dan berharap agar setiap perhubungan yang dijalinkan itu akan terus terjaga dan terpelihara dengan sebaiknya. Namun sebaliknya pula yang berlaku pada kali ini. Dengan apa yang terjadi, aku cuba sedaya upaya untuk memulihkan keadaan yang keruh ini agar ianya kembali jernih dan kembali seperti sediakala. Tapi mampukah aku.

Perit, payah, sukar dan memang terasa sakitnya tapi itulah hakikat yang terpaksa aku telan. Aku sedikit tertekan disebabkan 'makin' aku dekat dengan dia, dia semakin 'menjauh'. Mungkinkah itu satu petanda yang tidak baik. Sangkaan itu aku buang jauh². Namun seandainya itu yang berlaku dan seandainya itu juga yang telah direncanakan olehNya, aku terima dengan hati yang terbuka. Pasti ada hikmah disebaliknya.

Dan disebabkan itu, aku harap dia faham. Aku berdiam bukan bermakna aku cuba untuk melupakannya kerana semua kita juga tahu kalau 'api jumpa api' akan jadi teruk keadaanya. Jadi  lebih aku diam untuk memberikan ruang dan masa buat dia.
 
Pernah dia bagi tau aku, dia akan mengambil masa yang 'mungkin' agak lama untuk 'recover' semula keadaanya agar pulih dan  berada pada keadaan biasa, Bila? aku sendiri pun tidak ada jawapan sebenarnya. 

Doaku semoga pintu hatinya akan terbuka untuk memaafkan aku dan semoga keadaan akan pulih seperti biasa.

Semalam. - 19 Mei 2010

Aku cuba untuk menghubungi dia, hati ku terlalu gusar bila memikirkan tentang dia. Apa yang bermain difikiran ku ketika itu ialah aku ingin sekali bercakap dengan dia. Sama ada dia jawab panggilan ku atau tidak itu perkara no. 2. yang penting aku usaha untuk menghubunginya. Alhamdulillah. Kami berbual dan berbicara tentang banyak perkara.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang kurang elok itu datangnya dari kelemahan diriku sendiri. Dan aku benar² bermohon semoga hubungan ini akan terus berkekalan dipelihara, diberkati serta dirahmati olehNYa. Amin.

Seandainya satu hari nanti dia terbaca apa yang tercatat di Teratak ini, Aku ingin sekali dia tahu sepertimana yang pernah dikatakannya pada aku dalam bait² lagu "Terima sebagaimana adanya diriku " .

Jujur. Aku menerima seadanya dia.

Dan aku juga ingin dia tahu bahawa aku amat sayangkan dia.

Dia? apakah dia juga seperti aku...

Jawapan hanya ada pada dia.

Tiada ulasan: