Isnin, 3 Mei 2010

Kesalahan Yang Sama

Hari ini merupakan paper terakhir bagi aku untuk semester ini. Peperiksaan bermula jam 9 pagi di Dewan Serbaguna UiTM. Aku cuti pada hari khamis & Jumaat 'konon'nya untuk fokus dengan kertas terakhirku. Tapi nyata tidak juga aku dapat menumpukan perhatian. Salah satu yang membuatkan aku hilang fokus adalah FB. Tapi apapun, semua itu sebenarnya bermula dari diri kita sendiri.

Aku membelek - belek nota yang ada. Aku cuba melihat kertas soalan yang lepas. Nota terhad. Bingung. Tapi itu bukan lagi satu alasan untuk aku tidak mengulangkaji. Gusar tetap ada. Bohong jika aku kata aku tidak risau dengan paper ku yang satu ini. Pengalaman lepas banyak memberikan aku pengajaran.

Malah sehari sebelum exam pun aku masih lagi tidak dapat menumpukan perhatian . Jiwa serta emosi ku terganggu. Hilang lagi mood dan konsentrasi untuk aku study.

Aku berkurung dalam bilik. Tapi bukan untuk study. Buku ada ampai - ampai atas meja mata tapi mata dan perhatianku ke facebook. Jadi apalah?

Petang itu, aku masih ingat...aku mengambil gambar melalui webcam dan aku post di FB. Itu pula yang aku lakukan. Aha.

Masa semakin suntuk untuk aku menelaah subjek Social Marketing. Last day kemarin hari Ahad, aku pegi tamu di Tuaran sambil membotakkan kepalaku. Set masa aku mesti balik sebelum tengahari bukan disebabkan aku mau sambung study tapi aku mau tengok melodi.

Malam pula, ada AIM - Mentor & keputusan AF. Lagi jadual pembelajaran ku teranjak ke belakang. Jam hampir ke pukul 12 tengah malam. Aku mula rasa keletihan sedangkan esok peperiksaan apa ilmu yang akan aku pertaruhkan sedangkan nota pun aku belum habis khatamkan.

Hari ini masuk dewan peperiksaan hanya keputusan yang akan menentukan sama ada berbaloikan dengan apa yang aku lakukan. Kalian sendiri juga dapat merasakan apa yang akan aku perolehi nanti. Tunggu dan semoga ada sesuatu keajiban yang akan berlaku. 

Beberapa hari ini juga aku cuba untuk belajar untuk 'melupakan' sesuatu yang sedikit sebanyak memberikan kesan dalam kehidupanku. Apa? ~ biarlah rahsia. !

Terimakasih atas segalanya minta maaf juga yang aku pinta. "Lagu - lagu itu" itu tetap akan mengingatkan aku dimana ianya bermula.

Doakan semoaga aku dapat melakukannya. Amin.

1 ulasan:

Ask berkata...

Salam.. Boss, bykkn bersabar ek.. hehe.. tabah selalu.. =)