Rabu, 5 Mei 2010

Terkilan


 
Semalam Lapotop aku buat hal. Aku ingatkan hanya masalah biasa. Geram juga aku dibuatnya. Aku pun bukannya ada pengalaman dengan semua ini. 

Syukur alhmadulillah semuanya selesai dan laptop telah pulih seperti biasa. Terima kasih pada Mr. Affendi yang telah memberikan nasihat pasal komputer ni. He3x.

Terima kasih juga pada Mr. Ghazali Ismail a.k.a Jali sebab tolong temankan aku pegi CP bawa Laptop aku jumpa 'doktor' dia. Hampir sejam lebih juga aku dan Jali  menunggu disana. Dan sempat jugalah kami meronda² di CP. Untuk tahun ini itu yang pertama aku jejakkan kaki di CP. Aha.

Malam itu juga, aku dimarahi oleh sesorang. Dia sakit hati. Selama ini katanya dia hanya diamkan saja. Aku sedih sebab tidak menyangka sama sekali perkara itu boleh sampai hingga ke tahap itu. Kata tiada 'epek' tapi kenapa dalam diam dia makan hati ( sakit hati ) dengan aku pula. "Terus terang lebih baik dari terus mengelak" nda payah sorok².  

Aku memang nda mau called time tu sebab masa yang tidak sesuai lagipun orang tengah 'hot'.

"kalau ko nda call...nti ak nda mauk cakap sama ko" - mesej yang aku terima di FB. Jadi untuk tidak mengerukan lagi suasana yang keruh tu aku hubungi dia.

Tapi syukur jugalah sebab lepas dia 'menghamburkan' kemarahannya tu, barulah dia rasa lega. Siap nyanyi lagu yang dibagi aku dulu tu. Aku cuba menjadi pendengar yang setia.

Aku sempat cakap dengan dia. Lepas ni tiadalah kawan ko gaduh lagi kan. Dia kata 'ok'. tapi aku dapat merasakan dari apa yang aku cakap tu ada 'epek' juga tu dengan dia. Cuma masing² kena faham sendiri.

Pagi kelmarin dia awal² pagi dia kata aku bagi tekanan sama dia. Aku bingung sendiri. Lepas dari chat dengan di FB kemarin terus dia 'offline' sampailah tertulisnya entri ini.

Terkilan.


1 ulasan:

Ask berkata...

Salam.. Sedih jak bunyi nya tu boss.. Harap tabah selalu.. huhu =)