Selasa, 15 Jun 2010

Bah : 01 >> 1 day : Kursus Asas Pertolongan Cemas 2010 - sesi 1

Hari ini sepatutnya aku ada dua ( 2 ) kursus.

1. Kursus Asas Pertolongan Cemas 2010 - siri 1 : 15 - 16 Jun 2010 @ Dewan Serbaguna UiTM
2. Kursus Protokol  : 15 - 17 Jun 2010 ~ @ INTAN Sabah

Cuma bagi kurus di INTAN tu aku belum terima apa - apa pun surat. Hanya terima panggilan dari pihak INTAN saja. Maknanya tidak dapatlah aku menghadirilah kursus di INTAN tu buat masa ini.



>> Gambar atas : sebelum ceramah bermula <<

Untuk majlis perasmian Kursus ni aku jadi MC sekejap. Ziah minta tolong. Last week lagi dia called aku. Aku tiada masalah asalkan tidak bertembung dengan jadual / aktiviti ku yang lain, lagi pun, bagi aku inilah caranya untuk aku dapat menyumbang tenaga kepada UiTM. he3x.

Mula Ceramah.

Aku mula naik 'ngilu' bila nampak gambar - gambar orang yang cedera. Fuh !!! ~ aku cuba kontrol tapi ketara juga ekspersi muka tu. Hahaha.

Apapun, ini kali pertama aku mengikuti kursus CPR ni. Syukur alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk berada di sini ( kursus CPR ). Sekurang - kurangnya aku mendapat sedikit ilmu pengetahuan dan InsaAllah dapat dimanfaatkan.








Sesi akan bersambung jam 2 petang. Harap² aku mampu bertahan untuk sesi seterusnya.

To be continue...

Tiada ulasan: