Selasa, 15 Jun 2010

Bah. 02 >> 1 day : Kursus Asas Pertolongan Cemas 2010 - sesi 1

Ini sambungan entri aku yang lepas. Nak tau cerita terdahulu klik disini :: Bah. 01 ::

Sesi sebelah petang kursus CPR tadi mula lambat. Dijanjikan program mula jam 2.00 petang tapi hanya dapat dimulakan jam 2.30 petang. Bukan disebabkan ketiadaan penceramah tapi disebabkan kelewatan peserta.

Lepas 2 sesi ceramah ada pula sesi praktikal.

Jam hampir menunjukkan jam 5 petang. Dibelakang dewan sudah kelihatan kelibat staf² lain yang akan bertanding dart untuk Sukan Kakitangan Antara Bahagian. Mereka juga menggunakan venue yang sama. Ini bermakna kami kena beredar untuk memberi laluan kepada mereka.

Pihak Penganjur sempat berpesan kepada semua peserta agar dapat datang sebelum jam 8.00 pagi pada esok hari siap dengan pakaian sukan kerana esok juga ada ujian kompetensi.

Keputusan ku? Kita tengoklah nanti.

Tiada ulasan: