Rabu, 9 Jun 2010

Cuti Bulan Mei : Balik Kg - Part 01

Baru baru ni sempat juga aku balik kampung. Cuti panjang sempena Hari Wesak & Pesta Kaamatan. Saat yang aku nantikan selama ini.

Seperti biasa kereta kena servis dulu sebab nak jalan jauh. Melayang RM 470.00. Mahal atau tidak, banyak jugalah yang perlu diganti. Demi keselamatan. Aku akur.

Cuti kali ini aku rasa seronok sebab sudah plan untuk jumpa ngan kawan - kawan lama masa sekolah dulu. Dan cuti ini juga ada plan yang sudah di susun atur. Kira pack jugalah jadual masa balik kampung nanti. 

Jumaat ~ 28 Mei 2010 ( wesak day )
Lebih kurang jam 9 pagi kami bertolak dari KK. Kami 3 orang ( aku, adik aku dengan kazen aku). Bila jalan jauh atau dalam erti kata lainnya 'jalan²', aku suka menikmati pemandangan disepanjang perjalanan meskipun laluan itu sudah kerapkali aku lalui. Lagipun menyempat juga kami mengambil gambar dengan kamera baru tu. ~ Aha.


>> Time sarapan di Pekan Ranau <<

:: Sabtu  ~ 29 Mei 2010 ::
Awal pagi lagi aku bangun dan 'clik'² di halaman rumah. Surfing internet dan spent time di rumah.

Petang sabtu, memang dari dulu lagi rumah akan buzy disebabkan my mom dan adik - adik aku yang lain sibuk buat kuih untuk di jual di tamu @ Pekan Beluran. So, keadaan macam di kedai bakeri. 

Nota : kuih ni saja yang sempat aku ambil. Akceli banyak lagi jenis² kuih yang ada. Nak tempah? boleh saja.

Malam tu ada program K Bistari. Ada pertandingan Nyanyian. Gambar InsaAllah akan di upload kemudian.

:: Ahad ~  30 Mei 2010 ::
Pagi² lagi kawan aku called. Dia tunggu aku dipekan. Aku bersiap. Jumpa dia di tempat yang dijanjikan. Dia mau belanja soto. Salah satu makanan kegemaran ku. Thanks to Shafie a.k.a Boy.

Lepak sambil sembang² ngan Boy. Banyak jugalah cerita² baru dan lama yang kami kongsikan. Aku free hari tu. Biasanya aku akan lepak di gerai jualan mamaku di pekan sambil tolong² bejualan. Tapi tidak untuk kali ini. 

Sempat juga kami ambil gambar di kawasan tamu pekan Beluran. Tu Boy yang punya keja. Lepas tu kami naik atas bukit di Balai Polis Beluran dan ambil gambar view dari atas bukit pula. Nampak sangat Beluran masih belum ada pembangunan dan keadaan lebih kurang sama seperti dulu. 


Nampak gayanya Boy minat sangat untuk ambil gambar² ni. Kiranya ada geng la nanti untuk ambil gambar sama² bila balik Beluran. he3x. Lokasi seterusnya aku lepak di rumah Boy. Dia kena siapkan 6 biji kek yang sudah ditempah. Gambar lagi.

Clik²...




Masa berlalu. Tak sedar sudah tengahari. Boy hantar aku di Pekan. Masa yang paling best sebab dapat jumpa dengan salah seorang kawan lama aku. InsaAllah ada masa akan jumpa lagi. Boy janji akan buat kek khas untuk aku. Tunggu.

Sampai rumah, ada pula jemputan kenduri di rumah kazen aku ( Nasir ). Rezeki jangan ditolak. Merasa jugalah aku makan nasi kuning. Syukur alhamdulillah.

Lepas kenduri, aku ajak kira pangkat pakcik aku  ( azri ) yang setahun tua dari aku untuk tangkap gambar di tempat yang sama atas bukit Balai Polis Beluran. Lama aku nda menyaksikan suasana pada sebelah petang di pekan itu.

Malam pula, lepak di pekan makan pisang goreng. Itu pun kebetulan petang itu kami lalu di kawasan tersebut dan teringin pula untuk lepak disana. Buat pertama kalinya setelah sekian lama aku nda ( tidak ) pernah lepak di pekan Beluran. Aha.

Isnin 31 Mei 2010 - Apa cerita...To be Continue...

4 ulasan:

shaffie berkata...

salam bro..thanks for being a good friends to me..i was so amazed by those picture that you shoot..sangat cantik..i dont know it will resulted that beautiful..now i know u have the sense of artistic we both have..keep on taking picture..picture is a journey of time..u frame it..so people can share it with you..

thanks
shaffie a.k.a boy

Mak Su berkata...

kena ketit ngan kerengga mmg sakit, tapi tgk kat gambar2 tu, cantiklah...amazing

Kaffali Pendik berkata...

salam Boy.

InsaAllah. Bha jangan kasih lama, klu dpt ada dah nti kamera tu...apa lagi sound² sak k.

Kaffali Pendik berkata...

Mak su, awal pagi tu pic kena ambil depan umah...he3x.