Khamis, 10 Jun 2010

Cuti Bulan Mei : Balik Kg - Part 02

Isnin - 31 Mei 2010

Pagi tu sempat lagi aku pegi Bandar Sandakan. Plan memang mau pegi pun sebab mau bawa adik - adik aku ngan anak buah aku. Tapi kita hanya mampu merancang. Keadaan kereta ku tidak mengizinkan. Jadi aku tumpang Azri pegi bandar untuk cari part kereta.

Dia sempat bawa aku tengok kedai aksesori kereta di Batu 4. Katanya ada promosi. Tergoda juga aku.  Sudahnya, tamatlah khidmat 'pemain kaset' dikereta ku setelah hampir 7 tahun digunakan.

Petang ~ ada kenduri lagi di rumah pakcik aku. Rezki lagi. Syukur alhamdulillah. Bestnya dapat juga jumpa saudara mara yang lain.

Terima kasih kepada : Irfan ( adik ipar aku ), Epit, Aspi, Jusli ( adik aku ) kerana bertungkus lumus untuk menyudahkan dan menyiapkan keretaku. Cepat & pantas juga durang buat. Maka baru saja selesai sama - sama pegi kenduri. he3x.


Lepas kenduri, aku, Azri dan Boling ambil peluang untuk bergambar - gambar sekali lagi di atas bukit Balai. Kali ini Azri pun bawa kameranya. Siap buat aksi lompat² lagi ~ Fuhh !




>> Tamrin a.k.a Boling <<
 


>> Sharif Azri <<


 >> Sharif Azri & Tamrin <<

Malam ~ kami ada aktiviti BBQ. Lokasi BBQ depan Kedai Runcit Desa Keluarga. Dalam gambar ni ~ Aspi, Azri, Tatan, Jak, Jusli, Irfan &Rejab.

Terima kasih juga pada adik² aku yang bersusah payah menyediakan air & mee goreng. Aha.


Dan pada hari yang sama juga ( Isnin ). Kawan aku Boy datang ke rumah menghantar Kek yang telah dijanjikannya padaku. Terima kasih sekali pada my best frenz Shafie a.k.a Boy. Gambar akan aku upload kan di Teratak ini. Tunggu.

Percutian kali ini terasa sangat seronok kerana dapat meluangkan masa bersama - sama dengan orang² tersayang. 

Setakat ni dulu, coretan Cuti² Malaysia sempena Hari Wesak & Pesta Kaamatan. Nanti ada waktu akan aku postkan gambar² lain untuk tatapan. Aha.

Tiada ulasan: