Jumaat, 11 Jun 2010

Cuti - cuti Malaysia : Keningau - part 01

Sabtu & Ahad ( 5 & 6 Jun 2010 ) minggu lepas adalah kesempatan yang aku ada untuk bawa anak buah aku jalan². Kebetulan sekarang ni cuti sekolah dan masa aku balik KK ( 1 Jun ) hari tu adik aku Syikin ikut sekali ngan anak - anak dia.

Sabtu - 5 Jun
Lebih kurang jam 9.30 pagi kami bertolak dari KK ke Keningau. Aku saja bawa durang jalan - jalan pegi sana sambil mau mandi sungai + piknik. Kami singgah sekejap di Gunung Emas, TVRC @ Tambunan dan lepas tu terus ke Bunsit @ Keningau untuk mandi sungai. 
 
Keletihan hilang bila aku dapat melihat air sungai di depan mata. Kazen aku dan adik aku menyiapkan tempat untuk kami makan. Siap bawa makanan kami untuk piknik tepi sungai tu. Best !

Selesai makan. Rehat sekejap sebelum masuk kedalam sungai.
 
Dalam perjalanan ke Kenigau, aku sempat SMS kakak sepupu aku yang memang tinggal di Keningau. In plan nak singgah jap di rumah sambil lawat² pakcik dan makcik aku. Tapi keadaan tidak mengizinkan sebab durang pun busy nak balik kampung sebab ada saudara yang mau kawin.

Hampir 45 minit juga kami berendam dalam sungai. Seronok bila melihat anak buah aku begitu teruja mandi sungai. Maklumlah dia kali pertama mandi sungai. Hinggakan Fakhrul nda mau naik dari sungai tu. he3x.

Jam menunjukkan pukul 3.45 petang kami meninggalkan Bunsit menuju ke pekan Keningau. 

Alang - alang sudah sampai Keningau. Kami meneruskan perjalanan ke Daerah Tenom. 30 minit dari Keningau. Di Tenom kami nda singgah lama sebab masa agak suntuk dan takut terlewat untuk sampai di KK.

Petang itu hujan renyai - renyai di pekan Keningau. Kami singgah lagi di pasar malam sebelum berangkat  pulang ke KK.

Alhamdulillah, lebih kurang jam 8  malam kami sampai di Penampang dan menyempat lagi singgah @ transit di Megalong Penampang sebelum balik ke rumah.

Next entri aku akan ceritakan pula pasal kami pegi Kota Belud. Gambar akan diuploadkan soon. he3x.

Tiada ulasan: