Sabtu, 12 Jun 2010

Cuti - Cuti Malaysia : Kota Belud - part 02

Ahad minggu lepas 6 Jun -Kami berkesempatan untuk pegi KB. Aku secara peribadi suka sangat pegi Kota Belud. Mungkin disebabkan persekitran KB yang ada sawah dan ada sungai.

Destinasi pertama : Tamu KB. Sempat juga kami membeli mangga wani & kuih penjaram.

Sungai Malakap merupakan destinasi kami seterusnya. Tapi nda sampai ke sana sebab jalan ke sungai tu agak jauh sedikit dan kami tidak punya masa. Ringkasnya : aku sediri nda tau jalan pegi sana. he3x.

Dan akhirnya kami singgah untuk berehat, piknik dan mandi manda di kawasan Rajunah. ( Jambatan ).

Sungainya bersih dan sejuk. Masa kami sampai pun memang ada orang kampung yang sedang bermandi mandian disana. Kelihatan budak - budak kampung begitu seronok mandi sungai, siap lompat² dari tebing lagi. Aku teruja.

Macam biasa. Makan rehat & ambil gambar. Kemudian baru mandi. Masuk ke dalam air sungai punyalah sejuk maka tengahari pula. he3x. Best !

Lebih kurang jam 3 petang kami bergerak meninggalkan Kota Belud. Aku pasti akan kembali lagi. Satu moment yang aku nda akan lupakan.

Terima kasih kepada Aztul yang sanggup tolong aku tunjuk jalan meskipun hanya melalui HP. Dia nun jauh di seberang lautan.

Dari Mata kasar :-
Jujurnya kita punya tempat yang boleh menarik pelancong dalam dan luar untuk datang bertandang. Cuma apa yang aku perhatikan dari mata kasar. Tempat yang di berpotensi yang dulunya pernah dibangunkan cthnya : TVRC dibiarkan begitu sahaja. Sunagi Bunsit @ Keningau pun jika dicantikkan kawasannya, pasti  akan lebih ramai orang yang akan datang bertandang ke kawasan berkenaan dan ini juga akan dapat membantu penduduk setempat untuk menjana pendapatan sampingan mereka seperti mana yang berlaku di Kg Luanti. Ranau.

Dalam masa yang sama aku terfikir. Beluran? - dimana tempat yang boleh menjadi produk pelancongan."kalau" ada kan best. Pasti akan aku jejaki.

:: gambar masa di Keningau & Kota Belud akan di upload soon ::

Tiada ulasan: