Rabu, 16 Jun 2010

Esok aku akan datang lagi

Tadi Kakak sepupu aku dari Keningau mesej. Tanya aku dimana. Aku bagi tau aku di KK. Dia mesej lagi. Bagi tau beliau lelaki ( Nota : Bapa pada Kakak sepupu aku ) tidak sihat dan ditahan di hospital Damai. Aku bagi tau, aku kursus dan akan datang melawat lepas kursus. Aku sedikit gelisah.

Selesai makan malam. Kami bersiap untuk bergerak ke Hospital Damai. Mulanya aku ingatkan SMC tu lah Hospital Damai, rupanya aku tersilap. Hospital Damai berdepan dengan SMC ( Nota : SMC = Sabah Medical Centre ) dan tidak jauh dari kawasan berkenaan.


Aku ada call dan sms dia ( kakak ) semasa dalam perjalanan ke Hospital. Tapi tidak berjawab. Namun, syukur alhamdulillah kerana sampai juga kami di wad pakcik aku sebab siang tadi aku sudah diberikan detail wad dimana pakcik aku ditempatkan.

Kelihatan Kakak sepupu aku sedang 'mengusai - usai' selimut pakcik aku. Perasaan ku bercampur baur bila melihat keadaan pakcik aku yang sedang menahan sakit. Aku sempat tengok keadaan kakinya yang bengkak dan kemerah²an. Pakcik aku kata sakit. Aku diam.

Dia sempat bertanya keadaan di Kg. Tentang bapa aku. Dan juga keluarga yang lain.

"Bagi tau saja durang, abang sakit. Durang nda dapat datang pun nda apa...kasih sampai saja berita...si gani pun kasih tau" kata pakcik aku dengan suara yang sedikit perlahan sambil menahan kesakitan.


"Ya. Sudah juga dibagi tau" Jawabku.
Aku hanya memerhatikan keadaan pakcik aku yang tidak berapa selesa di atas katil. Aku lihat tangan dan jari jemarinya kemerah²an dan sedikit bengkak. Dia tidak dapat tidur sejak beberapa hari ini. Itu yang aku dibagi tau oleh kakak ku.

"Ya Allah semoga dia akan cepat sembuh. Dan kuatkanlah dia untuk menghadapi semua ini. Amin."

Esok aku datang lagi,

Tiada ulasan: