Sabtu, 12 Jun 2010

Hujung Minggu @ Lok Kawi Wildlife park


>> Lok Kawi wildlife Park <<

Salam hujung minggu. Apa plan?

Hari ini aku plan bawa anak buah aku jalan - jalan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi. Jam 2 petang kami bertolak ke sana. Lebih kurang jam 3.30 petang kami sampai.  

1st time masuk. Bayaran yang dikenakan RM 10.00 / orang dewasa. Sempat juga kami tengok animal show. Kesempatan yang ada aku ambil peluang untuk ambil gambar. Tapi keadaan cuaca tidak mengizinkan. Hujan. ( Gambar akan di uploadkan kemudian )

Nasib baik hujan berhenti jua akhirnya. Sempat juga kami meronda kawasan dan melihat aksi - aksi  haiwan yang ada. 

Anak buah aku Fakhrul ketakutan tengok gajah. Terus dia bawa uminya pulang. he3x. Durang tunggu di kawasan kafe. Kami saja yang meneruskan misi terjah haiwan. 

Selesai dari Taman Hidupan Liar, kami beredar ke Tg Aru Beach untuk pekena ABC sambil tengok sunset. Singgah beli ikan di pasar dan terus balik rumah.

Esok apa plan? ~ aha

Tiada ulasan: