Rabu, 23 Jun 2010

Ketentuan

Khamis 17 Jun 2010 ~ Panggilan telefon dari kampung membuatkan aku tersentap seketika. Lebih kurang jam 3 petang, aku terus bergegas ke Hospital Queen Elizabeth KK. Kakak sepupu aku called bagi tau keadaan pakcik aku semakin lemah dan perlu dipindahkan dari Hospital Damai ke Hospital Queen dengan kadar segera.

Dalam perjalanan menuju ke wad kecemasan aku terserempak dengan pakcik & makcik aku dari Sipitang. Mereka juga menuju ke wad yang sama. Keadaan kelihatan tenang tapi dalam hati hanya tuhan saja yang tahu.

Kakak sepupu aku ada di dalam wad kecemasan. Aku meminta kebenaran untuk masuk kedalam . Kelihatan staf hospital sibuk menguruskan pakcik aku. Memang dia dalam keadaan yang lemah .  Dalam perjalanan dari Hospital Damai ke Hospital Queen  keadaan sedikit cemas disebabkan tekanan oksigen yang rendah. Syukur alhamdulillah, tiba diwad kecemasan, bantuan oksigen terus diberikan.

Seorang doktor datang berjumpa dengan abang dan kakak sepupu aku. Aku hanya diam dan mendengar , beberapa ahli keluarga lain juga ada disitu. Keputusan dinantikan.

Prosedur diterangkan. Tandatangan diperlukan.

Hampir satu jam aku dan ahli keluarga yang lain setia menunggu di luar wad. Hanya tinggal abang sepupu aku sahaja yang berada didalam wad kecemasan. Doa dipanjatkan agar dia ( Pakcik ) aku diberikan kekuatan dan dipermudahkan. Adik sepupu aku dalam perjalanan dari Keningau ke KK bersama - sama Makcik dan seorang lagi kakak. Hati siapa yang tidak gunda gulana bila mendengar khabar orang yang disayangi tengah bertarung melawan kesakitan.

Hp ku juga sibuk dengan panggilan dan sms dari keluarga yang lain. Mereka juga kerisauan.

Sementara menunggu pakcik aku mendapatkan rawatan, aku balik rumah sekejap. Dan akan datang balik selepas waktu isyak. Itu perancangan aku.

Tidak sampai sejam, adik aku Syikin di telefon dari kampung. Tergamam seketika mendengar khabar yang disampaikan. Aku masih tidak percaya. Aku mesej kakak sepupu aku yang ada di hospital queen. Memang benar.

Malam Jumaat lepas, Pakcik aku telah pergi buat selama - lamanya. Masih terngiang - ngaing di telinga aku apa yang kami bicarakan semalam. Sayu.

Kami bergegas semula ke hospital. Sekali lagi keadaan kelihatan tenang namun  raut wajah kesemua keluarga yang ada sememangnya sedih atas pemerigan arwah pakcik aku. Inilah hakikat dalam kehidupan kerana yang hidup pasti akan pergi jua buat selama - lamanya.

Aku masuk terus ke wad kecemasan. Abang sepupu  & pakcik aku ( Haji Noor Ahmad , salah seorang dari adik arwah ) berusaha menguruskan van jenazah. Arwah akan dibawa balik ke Keningau malam tu juga.

Berita disampaikan kepada semua ahli keluarga. Bapa, mama & makcik aku dalam perjalanan dari kg ke Keningau.

Seawal pagi Jumaat lepas aku dan adik aku Syikin bertolak ke Keningau. Buat kali terakhir arwah diletakkan dan disembahyangkan di surau yang di wakafkannya kepada orang - orang kampung. Dan ditapak surau itulah juga rumah mereka dahulu sewaktu mereka masih kecil dan sebelum adik beradiknya yang lain berhijrah ke tempat lain.

Urusan pengebumian arwah dilakukan sebaik sahaja selesai solat Jumaat .Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan dengan sebaiknya.

Hanya doa yang mengiringi. Semoga rohnya di tempatkan bersama - sama dengan orang - orang beriman.

Amin.

2 ulasan:

Lina berkata...

Salam takziah dr aku

mujahidinislam berkata...

Salam takziah dpd saya juga sir...sedih juga saya mendengar berita ini..tp,apa nak kita buat kn sir..sesunnguhnya Allah itu Maha Segala-galanya..Subhanallah!..Maha Suci Allah yang Menghidupkan dan Mematikan MakhlukNya...semoga arwah hidup disisi Allah dengan mendapat rahmat dan redha Allah S.W.T..amiin ya Allah...semoga kita pun begini juga mendapat rahmat dan redha Allah S.W.T..amiin ya Allah..:-)