Ahad, 13 Jun 2010

Mandi Sungai & Cendol Pulut

Salam hujung minggu. Hari ini aku memang sudah plan mau pegi mandi sungai di area penampang. Tapi sebelum gerak ke sana kami singgah kejap di Tamu di Gaya Street mau beli kuih² tradsional dan tapai. ( Nota : tapai nasi )

Jam 11 lebih baru kami gerak ke penampang.

Pusing² juga kami mencari sungai tu antara perkampungan Madsiang dengan Babagon. Akhirnya jumpa juga . Dua² tempat pun best. Cuma ramai orang dan tiada tempat yang sesuai untuk kami berpiknik. Aku tengok cuaca macam mau hujan dan kami mengambil keputusan untuk berpiknik di area Madsiang. Ramai orang. Ada yang bersama keluarga dan ada juga yang datang bersama kawan². Siap BBQ dan bawa khemah lagi dorang. Best pula.

 >> Gambar Hiasan : Sungai di Babagon - Madsiang <<

Hujan. Nasib baik kami sudah selesai makan. Tunggu kejap hujan berhenti sebab kalau pulang rugi nda dapat mandi sungai. he3x.

Syukur alahamdulillah. Tercapai jua niat aku untuk mandi sungai. Anak buah aku frust sebab nda dapat join pada mulanya. Bila hujan tu berhenti. Hepi dia sebab dapat masuk air juga akhirnya. 

Kami balik dalam jam 3 petang. Hujan mula turun dengan lebatnya. Petang ni sepatutnya ada lagi plan "projek Cendol'. Nampak gayanya macam nda jadi sebab keadaan hujan tidak sesuai untuk makan / minum cendol. Banyak kali dah di tunda projek ni. Harap menjadi. Lagi pun aku nda tau tempat dimana ada jual cendol pulut.

 >> sekadar gambar hiasan <<

Kepada kawan² tau tempat di KK yang ada jual cendol pulut tu bolehlah tinggalkan info tu diruangan komen. Nanti dibelanja cendol. he3x.
Salam hujung minggu pada semua.

2 ulasan:

Jumardi_Alkhawarizmi berkata...

keningau ka tu?

Kaffali Pendik berkata...

Jumar,

sungai yg kami pegi ni OTW gi Tambunan / Keningau ada kan siring jalan tu...area penampang tu.

Best juga sana...he3x. sejuk air dia.