Selasa, 29 Jun 2010

Minggu lalu : Perjalanan & Ketentuan

Sabtu ~ 19 Jun 2010. 

Jam 9.30 pagi kami bertolak dari Keningau balik ke KK. Semalam kakak sepupu aku tanya bila aku balik KK. Aku faham kenapa dia bertanya. Keadaan yang tidak mengizinkan. Apapun, syukur alhamdulillah semua urusan jenazah telah selamat dilaksanakan.

Pagi itu, kelihatan bapaku sudah siap dan hanya menunggu waktu untuk berangkat pulang. Dia memang begitu. Selalu menginginkan sesuatu perkara itu dibuat cepat dan pantas. Aku sempat lagi makan mangga wani. Sedap. Awal pagi makan mangga wani. Teringat masa kecil² di kampung dulu. Bila musim buah mangga, aku dan dua lagi adik aku ditemani beliauku akan bergerak subuh² untuk mencari buah mangga. Gelap. Hanya bercahayakan lampu picit. Masing² kami ada lampu picit. Sejuk. Menggigil sambil membawa bakul untuk diisi mangga.Berebut dalam gelap kalau nampak mangga besar. Seronok bila aku ingat saat itu.

Mangga akan dijual RM 2 dalam bakul plastik ( Nota : Bakul plastik beras yang beratnya segantang ). Bukan macam sekarang RM 2 hanya berapa biji.

Pengalaman itu juga merupakan titipan berharga dalam hidupku yang telah mengajar aku seawal usia itu untuk mencari duit belanja sekolah. Sayu. Terima kasih pada kedua ibubapaku yang memberikan aku peluang untuk merasai semua itu. Ianya terlalu berharga bagiku.

Itu kisah lama.

Perjalanan kami dari Keningau ke KK kini dipertengahan. Kami singgah seketika di Gunung Alap. Salah satu kawasan persinggahan kira macam R & R. Sejuk. Best.

Sampai di KK. Kami rehat sekejap lebih kurang setengah jam sebelum meneruskan perjalanan untuk balik kampung ( Beluran, Sandakan ). Jam 1.30 petang kami bertolak dari KK. Plan mau balik hari Ahad. Sekali lagi keadaan tidak mengizinkan disebabkan aku kena balik KK pada hari Isnin untuk menghadiri kursus selama dua hari. 

Syukur alhamdulillah. Kami selamat tiba juga di kampung lebih kurang jam 6 petang. Sedikit keresahan sebenarnya disepanjang perjalanan balik disebabkan keadaan brek kereta ku yang sedikit bermasalah. 

Pasal brek kereta tu nanti aku ceritakan pada entri yang akan datang kerana ada sesuatu yang ingin aku kongsikan bersama.

Ahad ~ 20 Jun

Kira seharian aku sibuk mengurus kedai. Adik bungsu aku yang jaga kedai masih di Keningau. Malam ada program di Dewan Masyarakat Beluran. Aku tolong kazen aku. Sempat juga aku nyanyi satu lagu. he3x.

Sampai rumah jam 12 tghmalam. Aku kemas barang sebab kami kena bali KK jam 3 pagi. Tidur² ayam sebab takut telajak.

Kabus tebal. Jalan tidak berapa kelihatan. Sejuk. 

Lebih kurang jam 7 pagi kami sampai di KK. Bersiap untuk pegi Kursus. Semangat. 

Aku antara staf yang datang awal di makmal komputer Fasa 3. Penceramah belum sampai. Aku sempat check email. Ini rutin harian ku sebab bimbang ada email ( kerja ) yang perlu untuk disegerakan.

Dapat email 8.53 am Kursus ICT : Photoshop ditangguhkan dan akan bermula pada esok hari.

Adakah ini satu kelebihan dalam keadaan ku yang tidak mengizinkan. DIA lebih memahami. Syukran

Tiada ulasan: