Khamis, 10 Jun 2010

Premis & Kapal selam

Hari ini aku ada tugasan luar besama dengan JK Ruang Teknikal yang lain untuk buat pemeriksaan bagi semua premis yang mohon untuk Kafe di Klaster C & Bangunan Akademik Baru.

Gerakan sebenarnya telah bermula pada hari Isnin lepas dan hari ini hanya tinggal saki baki yang belum sempat untuk dilawati. Aku, Jojo, Azhar dan Husni dipertanggungjawabkan untuk tugasan ini. Mulanya aku ingatkan 1 permis sahaja rupanya ada 4 premis lagi yang perlu untuk dijejaki. Maklumat terkini yang diberikan oleh Mr. Jojo dalam Van sebelum kami meninggalkan Kampus.

Destinasi pertama kami di TLDM di kawasan Sepanggar meninjau premis salah seorang pemohon yang sedang beroperasi disana. Peraturan ketat.

Daftar di Pintu masuk. Tinggalkan IC. Maklumlah kami berada di kawasan keselamatan Negara.

Kami masuk pun diiringi oleh pengusaha premis yang setia menanti kami di Pintu Utama TLDM. Secara peribadi ini adalah merupakan pertama kali aku menjejakkan kaki ke dalam kawasan TLDM ini. Biasanya hanya melihat dari jauh dan kebetulan pula TLDM boleh dilihat dari kawasan Kampus.

Menyulusri jalan masuk aku perhatikan sekitar kawasannya yang cantik. Kebetulan juga di kawasan yang ingin kami lawati ini berhampiran dengan pangkalan kapal selam, Hari ini merupakan satu saat yang paling manis bagi aku bila dapat menyaksikan kapal selam di depan mata meskipun agak jauh sedikit dari kawasan premis. Berbaloi². 

Selesai di TLDM. Kami bergerak ke Hospital Queen, Suria Sabah & akhir sekali di Wisma Kompleks Persekutuan. Hampir jam 3 setengah petang baru kami sampai di Kampus. Keletihan.

Selesai 1 satu tugasan dan ada lagi tugasan lain yang perlu di selesaikan.

Tiada ulasan: