Sabtu, 3 Julai 2010

01 Julai : Detik yang ditunggu

Syukur alhamdulillah. Kemarin 01 Julai 2010 pastinya menjadi tarikh keramat bagi dia kerana tarikh itu adalah merupakan hari pertama dia mula bekerja. Saat yang ditunggu² selama ini. Hinggakan dia pernah give up & down kerana lama menunggu. Tidak seperti yang dijanjikan.

Sabar.

Dia pernah bagi tau aku. Katanya lagi cepat dia masuk keja lagi bagus, sebab dia mau buat untuk persediaan Konvo - Dia bagi tau aku bila konvo nanti dia mau ada duit dalam tangan untuk bawa beliau dia jalan² dan shopping. Lagi pun katanya bukan selalu beliau datang ke Semenanjung.



Syukur alhamdulillah. Allah mempermudahkan urusannya.
 
2 tahun. Itu pula tempoh perjanjian kontrak yang diberikan untuk dia bersama² dengan company. Kesibukan & keseronokkan bekerja nanti akan membuatkan dia tidak menyedari  tempoh itu. Apa kesudahannya selepas tamat tempoh 2 tahun. Apakah dia akan terus kekal disana atau...

Pastinya dia juga punya perancangan tersendiri. Sebagai kawan, aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk dia. Semoga dia akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang dilakukan.
 
DIA yang menentukan segalanya. DIA yang maha mengetahui apa yang terbaik bagi setiap diantara kita. DIA juga yang maha mengetahui akan apa yang akan berlaku sebelum dan selepas ini.

Bermohonlah.

Dan ( Ingatlah juga ), tatkala Tuhanmu memaklumkan: 
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah ( nimat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari ( nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"
( QS.Ibrahim,14:7)

Bersyukurlah.

...aku didekasikan cerita ini untuk dia.





Tiada ulasan: