Rabu, 7 Julai 2010

Aku harap mereka mengerti

Hujung minggu yang sibuk. Aku bertugas untuk pendaftaran pelajar lama yang akan masuk ke Kolej. 

Sabtu & Ahad. Bermakna kolej akan kembali meriah dengan kedatangan pelajar - pelajar lama. Tidak lagi sunyi seperti sebelum ini. Cumanya wifi kolej saja yang slow. He3x.

Bila semester bermula. Mulalah juga aku dan rakan² staf kolej yang lain akan berdepan dengan karenah² siswa / siswi yang pelbagai. Tiap semester benda yang sama. Letih melayan. Pening pun ada. Tapi inilah kerja hakiki aku.

Masa ni telefon pejabat, HP, SMS, email dan tidak terkecuali Facebook ada saja yang bertanya pasal kolej.  Atas rasa tanggungjawab. Aku jawab semuanya.


Bagi yang dapat Kolej. Mestilah hepi sebab tidak perlu bingung² mau cari rumah sewa atau tempat tinggal lain. Selesai.

Masalah bagi mereka ( pelajar ) yang tidak diberikan kemudahan kolej ni. Perkara ni kalau aku nak cerita memang panjang. InsaAllah entri yang akan datang aku akan ceritakan juga untuk dikongsi bersama.  Suka, duka, lucu pun ada. Bukan tujuan untuk mengaibkan sesiapa. Tapi ini juga sebahagian dari cerita kehidupanku. Biar kalian tahu rupanya  hot juga berada di posisi ku sekarang ini.

Jujur. Bukan mudah bagi aku untuk mengatakan kepada mereka yang mereka 'tidak dapat kolej'. Sebaik² jika boleh ingin sekali aku mengelak dari mengatakan ayat itu kepada mereka. Tuntuan kerja.

Aku harap mereka mengerti.

Tiada ulasan: