Selasa, 13 Julai 2010

Biasa - biasa

Bumi mana tidak ditimpa hujan
laut mana tidak bergelora

Itu kata² yang mungkin pernah kita dengar. Dan kata² itu juga yang menggambarkan keadaanku beberapa hari ini. Emosi ku jua sedikit terganggu. Aku pendam. Aku diam. Pada siapa lagi harus aku bicarakan semuanya.

Teratak inilah tempat aku untuk meluahkan segalanya. Meskipun aku tahu ada yang akan membacanya. Dan aku juga tahu ada yang jadi 'silent reader' di Teratak ini. Tidak menjadi masalah. Malah aku amat berterima kasih kerana kalian yang sudi bertandang dan berehat di Teratak ini. Jujur. Tiada yang istemewa disini. Hanya tulisan biasa² dari orang biasa.

"Jiwa kacau" sejak sabtu lepas. Itu yang ingin kongsikan disini.

Aku tidak mahu masalah itu menguasi diriku. Sekuat mungkin aku cuba untuk melawannya. Sehingga ke hari ini aku masih dapat merasakan sesuatu yang terbuku dalam hatiku. Tapi perlukah aku pamerkan keresahan itu pada semua orang. Aku bukan begitu.
Kenapa? Apa puncanya?! ~ Biarlah rahsia

Kalian jua tahu bila sesuatu perkara itu melibatkan hati & perasaan. Rumit dan menyesakkan. Sapa pun tidak gemar berada dalam situasi ini. Begitu juga aku. 

Mengelak. Lari.

Jika kita berkemampuan untuk berbuat demikian. Pasti itulah jalan penyelesaian terbaik yang akan diambil oleh semua diantara kita. Tapi hakikatnya itu bukan caranya. 

Aku cuba bertahan dan bersabar. 

Aku hanya bermohon padaNya. Semoga dipermudahkan untuk aku menghadapi semua ini. Semoga aku juga bisa melalui kehidupan 'biasa - biasa' ku sebelum ini seperti biasa. Amin.

1 ulasan:

!!!~ZuE SmiLeYx5~!!! berkata...

hehe..silent reader nie sir...=D