Jumaat, 16 Julai 2010

Itik oh Itik

Itik oh Itik.

Aku begitu teruja setibanya kami di lokasi. Tiba² aku rasa seronok bila melihat gelagat itik yang mandi manda. Dengan bunyi²an yang begitu mengujakan.

Sebelum ini aku pernah bercerita perihal itik ini pada rakan² se'opis' ku. Begitu juga pada kazenku. Akhirnya kami diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki dan melihat sendiri 'dunia itik' di lokasi yang terpilih ini.


Dulu aku pernah terfikir untuk memelihara haiwan ini. Tapi keadaan tidak mengizinkan. Dan entah kenapa seja kebelakangan ini aku benar² ingin menjadikan apa yang aku impikan selama ini menjadi kenyataan.

Aku yakin dan percaya, semua pun ada angan². Dan bermula dari angan² Insa-Allah dengan usaha semua angan² itu akan jadi kenyataan. 








>> Gambar atas : Bakal Pengusaha Ternakan Itik Penelur <<


>> sekadar gambar hiasan ( Bakal jua ni kali - Amin. ) <<

Tiada ulasan: